Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
KUALA
LUMPUR, 6 Okt - Kejohanan Olahraga & Tarik Tali Piala Ketua Polis
Negara 2013 telah melabuhkan tirainya sebentar tadi dengan menyaksikan
penglibatan 18 pasukan yang mewakili kontinjen dan formasi seluruh
Negara.
Seramai
600 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam 28 acara sukan
melibatkan atlet lelaki dan 19 acara melibatkan wanita sementara bagi
acara tarik tali pula, sebanyak 14 pasukan lelaki telah mengambil
bahagian dan 5 pasukan wanita.
Kejohanan
kali Ke-33 anjuran PULAPOL Kuala Lumpur ini bertempat di Stadium Mini
Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan majlis perasmian penutupan kejohanan
dirasmikan oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan
Ketua Polis Negara.
Johan
Keseluruhan Olahraga telah dimenangi oleh Kontinjen Selangor diikuti
Kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur ditempat kedua dan Kontinjen Bukit Aman
ditempat ketiga.
Bagi
acara Tarik Tali Lelaki, Kontinjen Bridged Utara menjadi juara apabila
berhempas pulas menewaskan Kontinjen Bukit Aman dan bagi kategori wanita
pula, Kontinjen Kuala Lumpur menjadi juara setelah menewaskan Kontinjen
Kedah.
Zakaria
Bin Yusof dari Kontinjen Selangor telah merangkul Anugerah Olahragawan
nanakala Noor Amellia Bt Musa dari kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur pula
menyandang gelaran Olahragawati di mana beliau turut memecahkan rekod
kejohanan dalam acara 5000 meter.
"Pada pandangan saya, kejohanan pada hari ini boleh dijadikan pencetus ke arah pelaksanaan gaya hidup sihat.
Bagi
pegawai, anggota dan pegawai awam, saya sangat menggalakkan supaya
tuan-tuan dan puan-puan membawa keluarga untuk beriadah bila mempunyai
kelapangan atau apabila tidak bertugas kerana ianya akan merapatkan lagi
ikatan kekeluargaan, seterusnya akan dizahirkan pula dengan prestasi
kerja yang lebih cemerlang," ujar YDH Timbalan Ketua Polis Negara dalam
ucapan penutupan majlis petang tadi.
Beliau
turut merakamkan ucapan syabas dan penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan kejohanan ini termasuk pihak Majlis Sukan
Negara di atas kebenaran untuk menggunakan stadium bagi semasa kejohanan
berlangsung.
Majlis
itu dihadiri oleh YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah
Pengurusan PDRM Merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH DCP Dato'
Shahbudin bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM
dan YDH DCP Dato A.Taiveegan,Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.
Turut
hadir sama ialah YDH SAC Tuan Zulkifli bin Mohamad, Komandan PULAPOL
Kuala Lumpur, Merangkap Penasihat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
Olahraga dan Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara Tahun 2013, YDH ACP
Sulaiman bin Salleh, Timbalan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur selaku
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM,
Pengurus-pengurus Pasukan, jurulatih-jurulatih, para peserta kejohanan,
Rakan Media dan Ahli keluarga peserta kejohanan.

Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin ketika menyaksikan acara balapan berlangsung.

Sekitar Kejohanan.

Sekitar Kejohanan.

Sekitar Kejohanan.

Sekitar Kejohanan.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin diberi penghormatan menjadi pengadil acara tarik tali.

Kontinjen Kedah

Kontinjen Kuala Lumpur.

Kontinjen Bridged Utara

Kontinjen Bukit Aman

Noor Amellia Bt Musa dari kontinjen PULAPOL dinobat sebagai Olahragawati Kejohanan.

Zakaria Bin Yusof dari Kontinjen Selangor dinobat sebagai Olahragawan Kejohanan.

Kontinjen Selangor, Juara Keseluruhan Kejohanan.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin ketika menyampaikan ucapan.

Kontinjen Selangor, Juara Keseluruhan Kejohanan.