Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Konstable Polis Patah Kaki Kiri Dirempuh Motosikal Ketika Operasi

Published: 16 Oct 2015 9.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Parit Buntar, 16 Okt- Seorang konstabel polis patah kaki akibat dirempuh seorang penunggang motosikal ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu di Kilometer 1.5 Jalan Taiping di sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/konstable-polis-patah-kaki-kiri-dirempuh-motosikal-ketika-operasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:23 MYT
Parit Buntar, 16 Okt- Seorang konstabel polis patah kaki akibat dirempuh seorang penunggang motosikal ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu di Kilometer 1.5 Jalan Taiping di sini malam tadi.
 
Ketua Polis Daerah Kerian Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam insiden pada 9.30 malam itu, Konstabel Mohd Faizal Yusob, 28, dari Unit Rondaan Bermotor (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian patah kaki kiri akibat dirempuh.
 
Anggota polis berkenaan dimasukkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil dan penunggang motosikal yang positif dadah itu berjaya ditahan dalam operasi bersepadu bersama JPJ dan AADK, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Menurut Omar Bakhtiar, polis turut menemui satu paket kecil dadah dipercayai Syabu dan sebiji pil Erimin 5 pada badan suspek yang berusia lingkungan 20-an itu.
 
Suspek pernah ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah pada 26 Okt ini, katanya.
 
Dia kini direman tujuh hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.- BERNAMA
ArticlePublished 16 Oct 2015 9.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM