Program Gaya Hidup Sihat Berlangsung Meriah
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT BERLANGSUNG MERIAH
Kuala Lumpur, 16 Okt - Program Gaya Hidup Sihat anjuran Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia telah berlangsung dengan meriah di Laman Perdana, Tasik Perdana, di sini petang tadi.
Program ini bertujuan menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PDRM dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila seramai 170 penyertaan mewakili semua jabatan dalam PDRM.
Turut hadir pada program tersebut adalah YDH Dato' Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah, Pengarah Pengurusan Bukit Aman.