Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Konsert Setiakawan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Indonesia

Diterbitkan: 09 Jun 2014 5.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara serumpun yang berkongsi banyak persamaan meliputi sudut kebudayaan, seni mahupun peradaban..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/konsert-setiakawan-50-tahun-hubungan-diplomatik-malaysia-indonesia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:15 MYT

Kuala Lumpur - 11 Januari 2008. Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara serumpun yang berkongsi banyak persamaan meliputi sudut kebudayaan, seni mahupun peradaban. Kini hubungan diplomatik dua negara ini telah terjalin melebihi 50 tahun.

Sempena meraikan diplomatik yang sudah menjangkau usia setengah abad itu, disamping lawatan kerja Presiden Republik Indonesia, TYT. Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono ke Malaysia, Radia Televisyen Malaysia (RTM) mengadakan Konsert Setiakawan sebagai lambang persahabatan dua negara yang berterusan. Konsert khas ini di adakan diAuditorium Perdana, Radio Televisyen Malaysia, Angkasapuri bagi meraikan 50 tahun hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Indonesia.

Konsert ini telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri-Menteri Kabinet, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan sertaDif-dif jemputan.

RTM menampilkan artis-artis terkenal tanahair seperti Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Dayang Nurfaizah, Ameer Sofaz, Saleem, Zamani, Ogy, Norzizi Zulkifli, Mas Idayu dan dua artis dari Indonesia iaitu Rossa dan Didi Kempot. Turut menjayakan konsert ini ialah Koir Anak Gemilang serta Swatari yang diiringi oleh Okestra RTM di bawah pimpinan Dato' Mokhzani Ismail dengan kekuatan 36 orang yang disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 dan Televisi Republik Indonesia ( TVRI ).

Sumbangan konsert ini diharapkan dapat menyemarakkan semangat sejarah dan memenuhi kehendak majoriti rakyat dua negara yang lebih mementingkan silaturrahim dan kepercayaan kepada kemesraan untuk membolehkan kita mencipta kekuatan ekonomi serantau yang boleh dimanfaatkan bersama dalam keadaan keselamatan yang tidak menjejaskan maruah bangsa, agama dan negara.

Konsert Setiakawan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Indonesia
Gemilang...YAB Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Republik Indonesia, TYT. Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono menyaksikan Konsert Setiakawan

Konsert Setiakawan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Indonesia
Turut menyaksikan Konsert Setiakawan ialah YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Konsert Setiakawan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Indonesia
kiri...YDH CP Dato' Abd Razak Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, (tiga dari kiri) YDH SAC II Azian Yahya, Setiausaha Polis Malaysia dan YDH Dato' Benjamin Haji Hasbie,Timbalan Pengarah Pengurusan (Penyelidik/Perancang)(empat dari kiri)yang turut hadir menyaksikan Konsert Setiakawan

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 5.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM