Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kondominuim Mewah Jadi Kasino

Diterbitkan: 14 Jan 2015 1.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Petaling Jaya - Taktik terancang satu sindiket perjudian melibatkan permainan pokor yang menyewa sebuah kondominium mewah di Jalan SS7/26 Kelana Jaya di sini untuk dijadikan kasino mini terbongkar apabila diserbu polis Sabtu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kondominuim-mewah-jadi-kasino
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:41 MYT
Petaling Jaya - Taktik terancang satu sindiket perjudian melibatkan permainan pokor yang menyewa sebuah kondominium mewah di Jalan SS7/26 Kelana Jaya di sini untuk dijadikan kasino mini terbongkar apabila diserbu polis Sabtu lalu.

Serbuan dilakukan Petugas Khas Membanteras Kegiatan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (STAGG) diketuai Deputi Superintendan Mohd, Shokri Abbdullah pada pukul 12.15 tengah malam.

Difahamkan, sindiket tersebut menggunakan sebuah laman web untuk menarik kaki judi termasuk memberitahu tarikh dan lokasi tempat perjudian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 18 hinggii 30 tahun termasuk dua tauke judi ketika sedang luka bermain judi poker secara atas talian di premis berkenaan.

Modus operandi sindiket ini ialah menyasarkan pelanggan terpilih yang terdiri daripada golongan tertentu iaitu anak-anak orang berada atau mereka yang berpendapatan tinggi.

Dua tauke judi itu disiasat mengikut Seksven 4(1)(a) Akta Judi Rumah Terbuka 1953 kerana menjadikan premis sebagai tempat perjudian secara haram, manakala 16 kaki judi itu pula disiasat mengikut Seksyen 6(1) akta yang sama kerana bermain judi secara haram.

Kondominuim Mewah Jadi Kasino
Sumber: Kosmo
ArtikelDiterbitkan 14 Jan 2015 1.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM