Seremban - Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan bagi membantu siasatan terhadap penyalahgunaan dadah dan penemuan senjata api tiruan di kediamannya dekat Mambau Jaya, pada 11 Januari lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud hasil pemeriksaan menemui sepucuk senjata api menyerupai M4 Carbine Automatic beserta satu lelopak peluru berwarna hitam selain menjumpai satu teropong, sepasang sarung tangan dan tujuh plastik berisi bebola besi warna putih yang diprcayai digunakan sebagai peluru.
Tindakan tersebut dilakukan hasil maklumat orang awam mencurigai kegiatan suspek berkenaan.

Sumber: Sinar Harian