Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Komuniti Sejahtera Komitmen Kami Pdrm

Published: 12 Jun 2014 12.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Mengambilkira segala aspek transformasi dan penambahbaikan seperti yang digagaskan kerajaan, PDRM terus ke hadapan dalam memacu kepercayaan rakyat dan kerajaan pemerintah dalam menguatkuasa dan melaks..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/komuniti-sejahtera-komitmen-kami-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:57 MYT

"...Empat perkataan tersebut begitu mendalam maksudnya, malah ia boleh dianggap sebagai satu ikrar untuk kita memperbaharui iltizam dalam menyampaikan perkhidmatan kita kepada pelbagai lapisan masyarakat secara cekap dan berkesan, sehinggalah rakyat berpuas hati dengan segala tindak-tanduk kita dalam menjaga keselamatan nyawa dan harta benda mereka.." - YDH Ketua Polis Negara

Komuniti Sejahtera Komitmen Kami Pdrm

Kuala Lumpur, 24 Mac - Berorientasikan motto 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' sempena sambutan Hari Polis Ke-205 pada tahun ini, PDRM mengorak satu lagi langkah dalam mengimplementasikan kualiti dan profesionalime mereka sebagai satu badan penguatkuasa undang-undang yang terus relevan kepada masyarakat dan negara.

Mengambilkira segala aspek transformasi dan penambahbaikan seperti yang digagaskan kerajaan, PDRM terus ke hadapan dalam memacu kepercayaan rakyat dan kerajaan pemerintah dalam menguatkuasa dan melaksanakan ketelusan undang-undang demi memastikan kesejahteraan dan keamanan negara dikekalkan.


Sambutan Hari Polis ini juga adalah sebagai penghargaan atas sokongan yang tidak berbelah-bagi masyarakat terhadap PDRM yang sudah lebih dua abad berbakti kepada negara dan selama tempoh ini juga pelbagai cabaran, onak-duri, dan pahit-getir sudah dirasai oleh setiap generasi PDRM.


Bermula dari cabaran hakiki memerangi perlanggaran undang-undang sehinggalah ke cabaran percanggahan tingkat intelektual dan kebolehpercayaan masyarakat kepada PDRM di era globalisasi yang serba canggih ini, PDRM terus gah dan komited mengekalkan kredibiliti dan objektifnya kepada masyarakat dan negara.

Komuniti Sejahtera Komitmen Kami Pdrm

Seluruh media perdana dan media alternatif menyaksikan PDRM terus cemerlang dalam membawa nama Malaysia sebagai antara negara yang paling selamat di mata dunia melalui pengikitirafan rasmi daripada The World Justice Project, kajian Indeks Keamanan Global dan Kajian Global Competitiveness Index in World Economic Forum 2011.


Tidak berhenti di situ, PDRM terus memperkasakan kualiti 4P pasukan dengan pendekatan-pendekatan yang baru dan bersama-sama dengan lain-lain agensi dan jabatan-jabatan dalam kerajaan melaksanakan program transformasi, World Class Policing, NKRA, NBOS, 3C dan banyak lagi.


PDRM juga turut memberi galakan terhadap semangat 'volunteerism' yang mengutamakan aspek memerangi jenayah di kalangan masyarakat yang secara tidak langsung boleh memberikan manfaat di kalangan masyarakat itu sendiri.


Segala pemantapan usaha-usaha yang bercirikan nilai kemasyarakatan turut menolak persepsi 'keras dan tegas' terhadap PDRM, dengan wujudnya PERKEP, Community Policing, Hari Terbuka Polis dan banyak lagi program yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan.


"Oleh sebab itulah saya sering mengingatkan warga PDRM supaya tidak mudah komplasen dengan keberhasilan sedia ada, sebaliknya, ia perlu dijadikan cabaran untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi supaya kita boleh 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di negara-negara maju," tegas YDH Tan Sri Ismail bin Haji omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Merdeka, hari ini.


Turut hadir, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama isteri, YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama isteri, YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bersama isteri, Y.Bhg Jeneral Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis ke-205, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta jemputan-jemputan khas.


Wartawan:    L/Kpl Irfan bin Bujang

ArticlePublished 12 Jun 2014 12.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM