Subang Jaya , 26 Mac -
Bertepatan dengan agenda transformasi yang dilaksanakan PDRM, Persatuan
Keluarga Polis (PERKEP) turut mara selangkah ke depan sejak
penubuhannya dengan wujudnya laman sosial Facebook rasmi PERKEP
Malaysia, hari ini.
Objektif
penubuhan Facebook Rasmi PERKEP ini umumnya adalah sebagai langkah yang
tepat dan bagi menghubungkan ahli-ahli PERKEP di seluruh negara
sekaligus membolehkan interaksi yang aktif dalam arahan dan pelaksanaan
program yang melibatkan PERKEP.
Perasmian
Facebook PERKEP ini disempurnakan oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji
Omar, Ketua Polis Negara di Grand Dorsett Subang Hotel, Subang Jaya dan
turut dihadiri YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis
Negara, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP
Malaysia dan Y.Bhg Datin Sri Imran bt. Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP
Malaysia.
Hadir
sama, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM,
pimpinan-pimpinan tertinggi PERKEP Malaysia dan Pegawai-pegawai PDRM.
Antara yang hadir.



Ucapan aluan oleh Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati binti Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Ucapan aluan serta perasmian oleh YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara melancarkan gimik pelancaran Facebook Rasmi PERKEP.

Persembahan daripada PERKEP.
Bergambar kenangan selepas majlis selesai.



Jurufoto : L/Kpl Raymond
Wartawan : L/Kpl Irfan
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Perkep Lancar Facebook Rasmi
Bertepatan dengan agenda transformasi yang dilaksanakan PDRM, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) turut mara selangkah ke depan sejak penubuhannya dengan wujudnya laman sosial Facebook rasmi PERKEP Mala..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-lancar-facebook-rasmi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.