Kuala Terengganu - 25 Jun 2012
Menuju
usaha-usaha untuk meningkatkan budaya inovasi dalam pasukan
dilaksanakan secara terangkum dan menyeluruh, tersusun, terancang serta
berterusan, Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan 'Pelan Pengurusan
Inovasi PDRM Bagi tahun 2012-2015' yang telah di umumkan oleh Timbalan
Ketua Polis Negara pada petang ini, mewakili Ketua Polis Negara sempena
Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia 2012 di Cindai
Ballroom,Ri-Yaz Heritage Resorts & SPA, Pulau Duyong, Kuala
Terengganu.
Pelan
yang dibentuk berlandaskan 6 teras strategik, 10 objektif strategik, 10
KPI dan 14 program akan dinilai pencapaian pelaksanaannya berasaskan
petunjuk prestasi utama yang mempunyai sasaran tertentu untuk dicapai
melalui beberapa program yang diwujudkan kearah pencapaian objektif
strategik inovasi yang disasarkan.
Hadir di majlis tersebut, Dato'-Dato' Pengarah PDRM. YDH
SAC Dato Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan
Pembangunan), YDH SAC Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Inovasi PDRM Tahun
2012.
Turut
hadir, Y.Bhg Dato' Mohd Razali bin Hussain, Ketua Pengarah Perbadanan
Produktiviti Malaysia, Ketua-Ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan
serta tetamu jemputan.
"PDRM
perlu berani berubah dan berterusan melaksanakan transformasi serta
bersedia menerima perubahan yang inovatif dan kreatif bersesuaian dengan
perubahan persekitaran semasa kea rah perkhidmatan yang lebih cekap dan
berkesan, bersesuaian dengan tema hari Inovasi PDRM tahun 2012
iaitu 'Komitmen Kolektif, PDRM Inovatif' ucap YDH Tan Sri Dato' Sri
Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.
Antara
intipati ucapan beliau, YDH Tan Sri Dato' Sri mengucapkan tahniah
kepada Jabatan Pengurusan kerana masih meneruskan penghasilan inovasi
menerusi Strategi Lautan Biru di peringkat The 5th Wave Blue Ocean
Policing : Creative Multiplication Of Police Presence.
Tidak
ketinggalan juga, pengiktirafan kepada Jabatan KDN/KA yang
memperkenalkan banyak penghasilan inovasi yang memberi impak dan
bernilai tinggi kerana dari 32 projek yang disumbangkan sepanjang tempok
Konvensyen KMK dan KIK, 23 projek telah meraih kemenangan di tempat
pertama hingga ketiga di peringkat Konvensyen PDRM sementara 8 projek
daripada 23 projek tersebut pula meraih tempat pertama hingga ketiga di
Konvensyen Peringkat Kementerian Dalam Negeri.
"Tahniah
juga kepada Pengarah-pengarah, Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri
kerana melalui perancangan yang teliti dan kesungguhan melaksanakan
transformasi melalui inisiatif-inisiatif NKRA mengurangkan jenayah yang
berteraskan inovasi, PDRM Berjaya menurunkan kadar Jenayah Indeks
sebanyak 10.1% dan kadar Jenayah Jalanan sebanyak 43.0% bagi tempoh
Januari hingga Mei berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2011", ucap
YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
Sempena
Perasmian Sambutan Hari Inovasi PDRM Tahun 2012, YDH Tan Sri Dato' Sri
Khalid bin Abu Bakar juga turut menyampaikan hadiah kemenangan
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif PDRM 2012. Kumpulan 'F'
Transform dari IPD Petaling Jaya menjuarai Kategori Teknikal dan
Kumpulan Roda, IPD Ipoh, Perak pula menjuarai Kategori Pengurusan.
Naib
Johan Kategori Teknikal, Kumpulan 'U-7' dari Pasukan Simpanan
Persekutuan Negeri Sembilan,tempat Ketiga,Kumpulan T-Ganu Team dari IPPK
Terengganu dan Naib Johan Kategori Pengurusan, Kumpulan 'Target',
Briged Utara PGA Ulu Kinta , Ketiga pula Kumpulan Smart COPS, IPD Subang
Jaya, Selangor.
YDH
Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar juga turut menyempurnakan
Penutupan Peringatan Hari Polis 2012, Penutupan Seminar Pemantapan 1
JKKK 1 Polis dan 1 Masjid 1 Polis dan seterusnya melancarkan Kempen
Program 1 Perkhidmatan atau Produk, 1 Jabatan atau Kontinjen Polis
Diraja Malaysia.
Pada
sebelah malam pula, bertempat di Cindai Ballroom, Y.Bhg Dato' Tengku
Putera bin Tengku Awang, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu
telah hadir mewakili Y.Bhg Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar
Terengganu di Majlis Makan Malam Hari Inovasi Polis Diraja.

DSP Mohd Ismail bin Muslim, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Pembentangan Kertas Seminar 1 dalam Program 1 JKKK 1 Polis

Antara 150 orang Pegawai dan Anggota yang menghadiri seminar

Antara
Pengerusi JKKK dan Imam Masjid seluruh Terengganu yang menghadiri
seminar di Ri-Yaz Heritage Marina, Pulau Duyong, Kuala Terengganu

Antara Pengarah-Pengarah Jabatan yang hadir

Ucapan aluan oleh Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu

Ucapan oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Gimik...Perasmian Hari Inovasi dan Penutupan Peringatan Hari Polis Tahun 2012







Penyerahan Banner Kempen 1 Perkhidmatan Produk 1 Jabatan/Kontinjen/Daerah PDRM oleh Timbalan KPN

Penyampaian cenderahati kepada Panel Penilai Konvensyen KIK 2012, Encik Hasrizal bin Zainul

Barisan penerima Sijil Kepujian Ketua Polis Negara di atas sumbangan Program Inovasi dan Kualiti PDRM

Kumpulan Roda, IPD Ipoh, Perak menjuarai Kategori Pengurusan

Kumpulan Target dari Briged Utara PGA Ulu Kinta, Naib Johan Kategori Pengurusan

Tempat Ketiga Pengurusan Kumpulan Smart COPS, IPD Subang Jaya, Selangor

Kumpulan 'F' Transform dari IPD Petaling Jaya menjuarai Kategori Teknikal

Naib Johan Kategori Teknikal, Kumpulan ‘U-7’ dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan

Tempat Ketiga kategori teknikal, Kumpulan T-Ganu Team dari IPPK Terengganu

Dato'Mohd Razali menyampaikan Sijil QE(5S) kepada Bukit Aman yang diwakli oleh Timbalan Ketua Polis Negara

Penyampaikan Sijil QE(5S) kepada Kontinjen Kuala Lumpur

Penyampaikan Sijil QE(5S) kepada Kontinjen Selangor

Sijil
Penghargaan Ketua Polis Negara kepada Pengarah Jabatan KDN/KA di atas
sumbangan dalam menghasilkan secara aktif perkhidmatan/produk inovasi
bernilai tinggi kepada PDRM melalui KIK

Penyerahan momento oleh KP Terengganu kepada KP Kedah sebagai tuan rumah Hari Inovasi Tahun 2013

Kontinjen Selangor...Johan Kategori Teknikal dan Ketiga Kategori Pengurusan


Ucapan YDH Ketua Polis Terengganu



Penyampaian Cenderahati Kenangan

Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu beramah mesra dengan peserta-peserta Konvensyen
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & L/Kpl Edwind Indo