Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kerjasama Mantap Para Ahli Majukan Koperasi

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sesungguhnya untuk memperolehi prestasi cemerlang dan memastikan keuntungan dicapai, koperasi amat memerlukan kekuatan dan kerjasama yang mantap dari semua ahli. Sumbangan berupa idea, caruman bulanan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerjasama-mantap-para-ahli-majukan-koperasi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 06:38 MYT

Kuala Lumpur -  27 Jun 2012

Sesungguhnya untuk memperolehi prestasi cemerlang dan memastikan keuntungan dicapai, koperasi amat memerlukan kekuatan dan kerjasama yang mantap dari semua ahli. Sumbangan berupa idea, caruman bulanan dan usaha tanpa mengira masa akan dapat menyokong setiap usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh koperasi.

"Setiap ahli koperasi mesti memainkan peranan yang aktif dalam memastikan pembangunan koperasi tercapai seperti yang dirancangkan".

"Ahli Jawatankuasa Kecil Daerah yang diberikan kepercayaan di seluruh negara, sebagai pintu gerbang utama KPD Berhad, hendaklah memainkan peranan penting dan berkhidmatlah dengan penuh dedikasi dan cekap".

Demikian kata YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPD) Berhad, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke-77, KPD Berhad di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Kuala Lumpur.

"Dengan adanya gandingan mantap antara Lembaga Pengarah, anggota dan kakitangan koperasi akan lebih menjadikan koperasi lebih berprestasi untuk meningkatkan pencapaian aktiviti agar terus cemerlang. Kakitangan yang bijaksana, amanah, komited dan rela menumpukan lebih masa kepada koperasi amatlah dituntut", ujar YDH Tan Sri Haji Ismail di majlis tersebut yang turut dihadiri oleh YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Haji Musa bin Nasri, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Cawangan Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, YDH Tan Sri Haji Ismail menyeru kepada semua perwakilan agar berusaha bukan sahaja untuk menambah keahlian, malah memastikan anggota yang sedia ada kekal setia bersama koperasi.

"Dengan sokongan perwakilan dan ditambah pula usaha gigih Lembaga Pengarah dan seiring dengan kerja keras kakitangan koperasi, saya yakin koperasi akan lebih maju dan pulih sepenuhnya. Sebagai satu kumpulan, kita perlu sentiasa bersama dalam susah dan senang",. Kata Tan Haji Ismail sambil berjanji akan terus berusaha memajukan koperasi.

Pada majlis itu, YDH Ketua Polis Negara turut menyampaikan cek pampasan KPD Berhad berjumlah RM180,000 kepada Encik Rozilas, itu bapa Allahyarham Konst. 179036 Mohammad Ridwan yang terkorban akibat kemalangan jalan raya ketika menjalankan tugas.

Terdahulu YDH Ketua Polis Negara telah menerima sebuah van jenazah bernilai RM100,000, daripada Dato Amir bin Sulaiman, Pengerusi KOP Mantap Berhad untuk kegunaan anggota koperasi.

Gambar sekitar Mesyuarat Agung Ke-77

Wartawan/Jurufoto : S/I Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM