Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kolaborasi Pdrm Jkdm Berjaya Anjurkan Kursus Pengendalian Dan Pengoperasian Dron Suas Tahun 2020

Diterbitkan: 19 Aug 2020 10.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 19 Ogos 2020 – Seiring dengan keperluan teknologi semasa, PDRM melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) buat julung kalinya menganjurkan Kursus Pengendalian dan Pengoperasian Dron, Small Unmanned Aircraft System (sUAS), bermula 15 Ogos lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kolaborasi-pdrm-jkdm-berjaya-anjurkan-kursus-pengendalian-dan-pengoperasian-dron-suas-tahun-2020
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:34 MYT

Putrajaya, 19 Ogos 2020 – Seiring dengan keperluan teknologi semasa, PDRM melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) buat julung kalinya menganjurkan Kursus Pengendalian dan Pengoperasian Dron, Small Unmanned Aircraft System (sUAS), bermula 15 Ogos lalu.

Kursus selama empat hari di Ibu Pejabat JKDM dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur itu dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Dron PGU di bawah seliaan Ketua Unit Dron PDRM merangkap Ketua Jurulatih, Superintendan Rasya Azaldin Shafii.

Seramai 23 peserta dari pelbagai pangkat dan cawangan dalam JKDM telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan kemahiran mengendalikan dron melalui dua fasa berasingan iaitu Fasa Akademik serta Fasa Praktikal Penerbangan. Ianya bertujuan untuk memastikan para peserta dapat mengendalikan dron secara kompeten dan selamat.

Majlis penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani bertempat di Dewan Semarak Jati, Aras 2 Selatan, Ibu Pejabat JKDM, petang tadi.

Berucap dalam majlis itu, Dato' Sri Acryl Sani berharap agar para peserta dapat mengaplikasikan sebaik mungkin ilmu yang telah dipelajari di formasi masing-masing di samping dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai operator dron mengikut prosedur betul yang telah ditetapkan oleh PDRM.

Turut hadir dalam majlis penutup adalah Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Abdul Latif Abdul Kadir, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kastam, Komander PGU PDRM, DCP Dato’ Mohd. Hishamudin Tahar, pegawai-pegawai kanan PDRM dan JKDM dan peserta-peserta kursus.

Image may contain: 8 people, crowd and outdoor
Peserta Kursus Pengendalian dan Pengoperasian Dron, Small Unmanned Aircraft System (sUAS) bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Image may contain: one or more people, people sitting, shoes and outdoor, text that says 'PDRM YSIA MAL'
Sekitar Kursus Pengendalian dan Pengoperasian Dron, Small Unmanned Aircraft System (sUAS).

Image may contain: ‎5 people, ‎people sitting, table and indoor, ‎text that says '‎BSMIK PDRM Customs Golden Lounge JABAT PERKHIDMATAN PELANG שNGa
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menandatangani buku pelawat.
 
Image may contain: 7 people
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Image may contain: 1 person
Ucapan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Image may contain: 1 person
Ucapan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Abdul Latif Abdul Kadir.
ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2020 10.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM