Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Klip Video Namawee Polis Buka Kertas Siasatan

Published: 18 Feb 2018 2.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 18 Feb 2018 – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya yang menggores sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/klip-video-namawee-polis-buka-kertas-siasatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:27 MYT

Kuala Lumpur, 18 Feb 2018 – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya yang menggores sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata PDRM bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat klip video kontroversi berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya selepas merasmikan Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bersempena Hari Polis ke-211, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.

Kembara bermotosikal selama tiga hari itu membabitkan perjalanan sejauh 1,103 kilometer disertai lebih 50 pegawai dan anggota dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bermula dari Pulapol ke lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

“Ini merupakan inisiatif PDRM dalam usaha mengumpul dana bagi membantu pesara polis dan anggota keluarga mereka,” katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 18 Feb 2018 2.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM