Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lagi Kes Basikal Lajak Di Johor 11 Remaja Ditahan Menunggang Secara Bahaya

Diterbitkan: 16 Feb 2018 4.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kluang, 16 Feb. 2018 - Gara-gara mengubah suai dan menunggang basikal secara berbahaya, 11 remaja lelaki ditahan dalam Ops Basikal Lajak selama dua jam di Taman Seri Impian, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-kes-basikal-lajak-di-johor-11-remaja-ditahan-menunggang-secara-bahaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:03 MYT

Kluang, 16 Feb. 2018 - Gara-gara mengubah suai dan menunggang basikal secara berbahaya, 11 remaja lelaki ditahan dalam Ops Basikal Lajak selama dua jam di Taman Seri Impian, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, dalam operasi bermula 5 petang dan berakhir jam 7 petang itu, pihaknya turut menyita basikal remaja terbabit sebagai usaha mencegah aktiviti berkenaan.

Beliau berkata, operasi tersebut telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang bertujuan membanteras aktiviti-aktiviti berbasikal lajak dalam kalangan remaja yang membahayakan diri sendiri serta orang awam yang lain di atas jalan raya.

"Operasi yang diketuai oleh seorang pegawai dibantu empat anggota dari cawangan BSPT IPD Kluang serta lapan anggota sukarelawan polis (SPDRM) telah berjaya menahan enam remaja berusia 11 hingga 15 tahun.

"Remaja tersebut ditahan ketika sedang menunggang basikal lajak di sekitar kawasan Taman Seri Impian yang menjadi tumpuan remaja terbabit melakukan aktiviti mereka.

"Operasi yang dijalankan juga berdasarkan aduan yang diterima oleh masyarakat di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad berkata, berikutan daripada menahanan remaja berkenaan kesemua ibu bapa remaja yang ditahan telah dipanggil untuk mengambil anak mereka di cawangan BSPT.

Katanya, ibu bapa remaja tersebut kemudiannya diberi sesi kaunseling tentang bahaya dan risiko menunggang basikal lajak di atas jalan raya.

"Amaran keras telah diberikan kepada semua yang terlibat agar tidak mengulangi aktiviti mereka di masa hadapan.

"Kesemua basikal yang ditahan dalam operasi ini telah disita di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

"Saya berharap agar ibu bapa dapat memantau setiap pergerakan dan aktiviti anak mereka agar tidak terbabit dengan gejala seperti ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 16 Feb 2018 4.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM