Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kl London Kerjasama Banteras Jenayah Kolar Putih

Published: 09 Sep 2014 8.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Malaysia akan mewujudkan kerjasama dengan United Kingdom (UK) dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan termasuk mendapatkan khidmat nasihat London untuk memerangi jenayah kolar putih.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kl-london-kerjasama-banteras-jenayah-kolar-putih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:07 MYT
Putrajaya, 9 Sept  - Malaysia akan mewujudkan kerjasama dengan United Kingdom (UK) dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan termasuk mendapatkan khidmat nasihat London untuk memerangi jenayah kolar putih.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha memerangi jenayah kolar putih dan jenayah komersial memerlukan siasatan khusus selain menggunakan aset-aset canggih bagi memantau transaksi yang berlaku.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerjasama Kuala Lumpur dengan London dalam usaha memerangi jenayah kolar putih akan dilaksanakan melalui memorandum persefahaman (MoU) membanteras jenayah rentas sempadan yang termeterai di antara kedua-dua buah negara pada 2012.

"Usaha membanteras jenayah komersial dan jenayah kolar putih bagaimanapun tidak terletak pada bahu polis semata-mata tetapi turut melibatkan agensi lain termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara " katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia dan UK turut mengenal pasti kerjasama dalam beberapa bidang termasuk perkongsian pengalaman mengenai program pemulihan banduan dan penagih dadah selain usaha mencegah penularan penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak.

"Kedua-dua negara memandang serius terhadap masalah penularan penyalahgunaan dadah yang bukan sahaja terhad kepada remaja tetapi turut melibatkan murid sekolah," tegas beliau.
Kl London Kerjasama Banteras Jenayah Kolar Putih

Sumber: Utusan Malaysia
ArticlePublished 09 Sep 2014 8.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM