Artikel
Ibu Bersama Anak Perempuan Ditahan Disyaki Edar Dadah
Dua beranak yang menjadikan rumah sewa mereka sebagai pusat pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di Taman Permai Jaya dekat Sungkai, Jumaat lain.
Tapah. 9 Sept - Dua beranak yang menjadikan rumah sewa mereka sebagai pusat pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di Taman Permai Jaya dekat Sungkai, Jumaat lain.
Wanita berusia 54 tahun dan anak perempuannya yang berusia 19 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Tapah pada pukul 1.30 petang.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Som Sak Din Keliaw berkata, kedua beranak itu diberkas selepas pihak polis menemukan dua bungkusan plastik lutsinar dalam sebuah laci di bilik tidur utama rumah tersebut.
"Pemeriksaan di hadapan kedua-dua suspek mendapati setiap satu bungkusan itu mengandungi 100 dan 40 peket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Som Sak berkata, kedua-dua suspek yang aktif melakukan kegiatan tersebut sejak dua atau tiga bulan lalu dipercayai mengedar dadah di kawasan taman perumahan mereka.
"Kita percaya, dengan tertangkapnya kedua beranak ini, polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di kawasan Sungkai" katanya.

Sumber: Utusan Malaysia