Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Khidmat Dan Sumbangan Terbaik Dari Duta Kecil Pdrm Di Unamid Dan Unmis

Published: 10 Jun 2014 7.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH CP Dato’ Robiah binti Abdul Ghani Pengarah Pengurusan PDRM telah hadir sebagai wakil YDH IG Tan Hj Ismail bin Hj Omar Ketua Polis Negara untuk menyambut kepulangan Pegawai dan Anggota PDRM dari Mi..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/khidmat-dan-sumbangan-terbaik-dari-duta-kecil-pdrm-di-unamid-dan-unmis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:24 MYT

SEPANG - 14 Januari 2011.

"Kejayaan tuan-tuan bertugas dengan penuh cemerlang di sana adalah disebabkan tuan-tuan berpegang teguh kepada etika dan prinsip yang ditanam dalam diri dan juga menjaga disiplin serta nama baik pasukan", ucap YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM semasa menyambut kepulangan 23 orang pegawai dan anggota PDRM yang menamatkan tugas Misi Pengaman PBB, United Nation African Union Mission in Darfur (UNAMID) dan United Nation African Union Mission in Sudan (UNAMIS) di Bilik VIP KLIA, Sepang, petang tadi.

Dalam ucapan beliau, YDH Dato' Robiah sempat menyampaikan ucapan salam daripada YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar Ketua Polis Negara serta YDH Tan Sri juga turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk turut serta dalam majlis ini di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

 

 

YDH Dato' Robiah juga sebagai mewakili PDRM dan kerajaan melahirkan rasa bangga kepada pegawai dan anggota yang telah mengharumkan nama negara dan telah berkhidmat dengan cemerlang selama 1 tahun bermula dari 13 Januari 2010 hingga 14 Januari 2011 di Darfur, Sudan iaitu salah sebuah negara yang bergolak di dunia.

 

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau sempat untuk mengingatkan para pegawai dan anggota yang baru tiba untuk berhemah dalam perbelanjaan serta turut sama mendoakan keselamatan rakan seperjuangan seramai 258 orang yang pada masa kini masih lagi berkhidmat di Timor Leste dan Sudan. 

Pegawai dan anggota UNAMID dan UNMIS yang diketuai oleh DSP Leow Kian Heong, Ketua UNPOL Malaysia telah selamat tiba ke tanahair dengan pesawat QR 624 dan GF 282 tanpa sebarang halangan dan musibah.

Turut hadir di majlis ini ialah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DSP Zainuddin bin Kassim, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang (KLIA), DSP Che Zakaria bin Othman, Pemangku Ketua PT Istiadat serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Khidmat Dan Sumbangan Terbaik Dari Duta Kecil Pdrm Di Unamid Dan Unmis
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Darfur dan Sudan...

Khidmat Dan Sumbangan Terbaik Dari Duta Kecil Pdrm Di Unamid Dan Unmis
Melaksanakan tugas dengan cemerlang di UNAMID dan UNMIS

Khidmat Dan Sumbangan Terbaik Dari Duta Kecil Pdrm Di Unamid Dan Unmis
YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani menyambut DSP Leow Kian Heong, Ketua UNPOL Malaysia

Khidmat Dan Sumbangan Terbaik Dari Duta Kecil Pdrm Di Unamid Dan Unmis
kanan...DSP Zainuddin bin Kassim dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM juga turut menyambut kepulangan mereka

Khidmat Dan Sumbangan Terbaik Dari Duta Kecil Pdrm Di Unamid Dan Unmis
Ucapan oleh YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Khidmat Dan Sumbangan Terbaik Dari Duta Kecil Pdrm Di Unamid Dan Unmis
Mendengar teks ucapan YDH Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Khidmat Dan Sumbangan Terbaik Dari Duta Kecil Pdrm Di Unamid Dan Unmis
DSP Leow Kian Heong menyampaikan cenderahati kepada YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani

Wartawan    : Konst Mohd Helmi bin Saadin
Jurufoto     : Konst Raymond Martin
Penyunting  : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 10 Jun 2014 7.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM