Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih selamat, bebas jenayah serta PDRM sebagai pasukan yang unggul dan berintegriti menjadi fokus utama Ketua Polis Negara dalam amanat beliau kepada seluruh ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/amanat-kpn-perkukuh-modal-insan-integriti-dan-konsep-1-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:19 MYT
Cheras, 14 Januari 2011 - Menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih selamat, bebas jenayah serta PDRM sebagai pasukan yang unggul dan berintegriti menjadi fokus utama Ketua Polis Negara dalam amanatbeliau kepada seluruh warga PDRM sempena Tahun Baru 2011. Pembangunan modal insan dari aspek rohani, jasmani dan intelek di kalangan pegawai dan anggota PDRM di semua peringkat organisasi perlu diterap dan dipraktikkan supaya masyarakat dapat menjadikan setiap individu yang berkhidmat di dalam Pasukan sebagai 'role model'. Setiap warga PDRM perlu berfikiran kreatif dan inovatif dalam mencari kaedah mahupun jalan penyelesaian terbaik membantu masyarakat yang senantiasa memerlukan khidmat Sang Saka Biru tidak kira masa, tempat mahupun keadaan.

Ketua Polis Negara tegas dalam amanat beliau mahu supaya integriti yang merupakan teras perkhidmatan PDRM ditanam kukuhdi dalam diri setiap individu. Beliau mahu semua pegawai dan anggota memberi sepenuh komitmen dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. Sikap toleransi dan mesra rakyat perlu disemai dan dicambah agar hubungan kedua - dua belah pihak bertaut dengan lebih mesra dan pasti usaha kerjasama yang lebih jitu dapat dilaksanakan. Selain itu, kehadiran pihak polis di kawasan - kawasan yang seringberlaku jenayah dan berada di tempat kejadian dalam waktu yang singkat akan dipertingkatkan agar rasa selamat dan kebolehpercayaan masyarakat terhadapperkhidmatan PDRM semakin menebal.

PDRM akan turut menambahbaik perkhidmatansedia ada supaya ianya dapat memenuhi keperluan dan kehendak semasa. Perasmian balai polis baru di Kubang Pasu dan perancangan untuk membina pusat latihan adalah antara inisiatif - inisiatif untuk menjadikan PDRM sebagai agensi penguatkuasa yang lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan.

Menyokong penuh konsep Gagasan 1 Malaysia yang disarankan oleh pucuk pimpinan negara, PDRM bersedia dan akan mempertingkatkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), RELA, badan bukan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sendiri dalam mencegah dan membanteras jenayah. YDH KPN menggalakkan semua anggota dan pegawai PDRM mempelajari dan menguasai bahasa kaum - kaum lain di Malaysia selain Bahasa Melayu dan Inggeris. Pendekatan tersebut dilihat dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara polis dan masyarakat selain membuktikan kepada negara luar bahawa rakyat Malaysia adalah bersatu hati dan hidup dalam suasana harmoni.

Amanat YDH Ketua Polis Negara yang berlangsung di Dewan Sultan Hj Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur tersebut telah dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah - Pengarah Jabatan, Ketua - Ketua Polis Negeri, Pegawai dan anggota PDRM serta kakitangan awam yang turut memainkan peranan dalam pentadbiran PDRM.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan dan pengiktirafan kepada Urusetia dan Initiative Owner NKRA PDRM yang telah bertungkus lumus dan memberi sepenuh komitmen sehingga mencatatkan kejayaan kepada PDRM dengan pengurangan kadar indeks jenayahdi Malaysia bagi tahun 2010 sebanyak 16% dan kadar indeks jenayah jalanan berkurang sebanyak 37%.

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
Pucuk Pimpinan Tertinggi, YDH IGP Tan Sri Ismail bin Haji Omar menyampaikan Amanat sempena tahun baru.

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
Penerima-penerima sijil terdiri daripada pegawai-pegawai kanan polis, anggota dan kakitangan awam.

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
Para hadirin kusyuk mendengar amanat yang disampai oleh YDH Ketua Polis Negara.

Penerima-penerima Sijil Penghargaan Urusetia KPN :-
Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ACP Mohamad bin Abdul Aziz.

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...Supt. Hanison bt Buyong.

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...Supt. Dennis Lim Kwang Keng

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...DSP Lee Fong Koi

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...DSP Kamarudin bin Mat Salleh

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ASP Raub bin Selamat

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ASP Wong Yuen Chuan

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ASP Mohammad Tahir bin Kassim

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...Insp. Zolhamli bin Abdul Wahab

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...Insp. Mashizan bin Mohd Hashim

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...Konst. Azimie bin Abas

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...Konst. Mohamed Asyran bin Radzuan

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...Puan Noor Farezan bt Faxairurahman

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...Cik Roslindayati bt Yaakub

Penerima-penerima Sijil Penghargaan Initiative Owner :-
Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron.

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ACP Lai Yong Heng

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ACP Anuar bin Othman

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ACP Noraishah bt Zainuddin

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ACP Nahariah bt Hussien

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ACP Zahari bin Ahmad

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ACP Rasdi bin Ramli

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ACP Sasikala Devi a/p Subramanian

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...Supt. Goh Kim Hua

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...Supt. Othman bin Embong

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...DSP Lai Lee Ching

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ASP Normila bt Mohamad

Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
...ASP Zahari bin Abu Samah

Wartawan : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM