Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pendekatan ini juga merupakan salah satu marketing strategy pihak polis ke arah mendidik masyarakat dalam mencegah jenayah dan saya percaya melalui kempen pencegahan jenayah sebegini, masyarakat akan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kewujudan-billboard-untuk-kempen-pencegahan-jenayah-di-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:32 MYT

Kuala Lumpur, 8 Mei 2011 - "Pendekatan ini juga merupakan salah satu marketing strategy pihak polis ke arah mendidik masyarakat dalam mencegah jenayah dan saya percaya melalui kempen pencegahan jenayah sebegini, masyarakat akan dapat melihat dengan lebih jelas mesej yang ingin disampaikan kepada mereka melalui iklan di billboard," ujar YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Majlis Perasmian Billboard Kempen Pencegahan Jenayah di Wangsa Link, Wangsa Maju hari ini.


Dalam ucapannya, billboard kempen pencegahan jenayah merupakan satu daripada perancangan dalam Pelan Strategik Polis Kuala Lumpur ke arah mewujudkan persekitaran selamat yang setanding dengan polis bertaraf dunia dan pendekatan ini juga satu daripada strategi yang telah dilakukan oleh John Henry Rutherford, seorang Sheriff di wilayah Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat dalam mengurangkan kadar jenayah melalui public awareness campaign with billboard ini.



Billboard kempen pencegahan jenayah ini akan dipasang di lokasi-lokasi strategik di semua daerah sekitar Kontinjen Kuala Lumpur untuk menyampaikan mesej pencegahan jenayah secara lebih 'simple' dan interaktif dengan memaparkan lukisan kartun daripada kartunis tempatan, Imuda.


Selain itu, maklumat-maklumat seperti nombor hotline (Rakan Cop) Polis KL dan nombor SMS Rakan Cop juga turut dipaparkan untuk memudahkan orang ramai menyalurkan apa jua maklumat yang terlibat dengan jenayah.3


Turut hadir dalam majlis perasmian hari ini, YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Malaysia Singapore Landmark Properties Sendirian Berhad (MSL), YDH SAC Dato' Amar Singh Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Y.Bhg Dato' William Lim, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPF KL) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Majlis Perasmian Billboard Kempen Pencegahan Jenayah, Kuala Lumpur

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Ucapan Perasmian oleh YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar melihat 'Billboard' Kempen Pencegahan Jenayah

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Maklumat-maklumat yang terdapat di 'Billboard'

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Gimik Pelancaran...

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Peragut berjaya ditumpaskan hasil maklumat orang awam yang menghubungi pihak Polis...

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Persembahan tarian oleh penari-penari cilik...

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Kawad Tanpa Perintah dari Kadet Polis

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Persembahan mempertahankan diri dan menumpaskan penjenayah dari Rukun Tetangga..

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Persembahan menarik ..Tarian Singa

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Persembahan dari Pancaragam PDRM

Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Sidang Media..


Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto      : L/Kpl Mohamad Faizyal bin Jamaludin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM