Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Setia Bersama Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Saya amat bangga dengan peranan yang dimainkan oleh PACSU, terutamanya dalam konteks employee-employer relationship, dan ternyata PACSU dan PDRM mempunyai perhubungan yang intim, yang memberikan makna..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/setia-bersama-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:06 MYT
Kota Kinabalu, Sabah - 5 Mei 2011. Pada pagi ini, merupakan satu catatan baru sejarah kerana Majlis Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun 2011, pertama kalinya diadakan di 'Negeri Di Bawah Bayu' yang kaya dengan warisan budaya berbilang kaum dan etnik serta keindahan flora dan faunanya.


Perhimpunan Khas Pegawai Awam ini dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman dan Jawatankuasa Induk PACSU PDRM serta Ahli Jawatankuasa Pengelola Kontinjen Sabah yang menjadi tuan rumah.

Majlis Perhimpunan Khas ini telah berlangsung di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu, Sabah dan telah dihadiri oleh YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili YDH Ketua Polis Negara.

Turut hadir di Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM ialah YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Y.Bhg. Dato' Mohammad Hatta bin Ab. Aziz, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, YDH DCP Dato' Haji Hamza bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah, Y.Bhg Dato' Haji Omar bin Osman, Presiden CUEPACS Malaysia, Y.Bhg Encik Abdul Rahim bin Jantan, Presiden PACSU Malaysia, Y.Bhg Encik Saini bin Tamin, Presiden SPACSU (Sabah Police Administrative Civilian Staff Union), Y.Bhg Encik Renggan anak Jaraw, Presiden SPOCSU (Sarawak Police Civilian Staff Union), Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli-ahli Majlis Exco PACSU serta perwakilan dari seluruh kontinjen.


"Setia Bersama PDRM' merupakan tema yang dipilih untuk Majlis Perhimpunan Khas ini yang diterjemahkan dalam bentuk produktiviti atau penghasilan kerja yang lebih cemerlang yang akan membawa kesan positif kepada keseluruhan organisasi PDRM. Kesetiaan ini adalah sesuatu yang amat bermakna kepada seluruh warga PDRM kerana simbaiosis antara pasukan beruniform dengan pegawai awam merupakan sinergi yang boleh membawa PDRM ke tahap pencapaian yang lebih tinggi.


Pada hari ini, terdapat 103 kesatuan dengan keahlian lebih kurang 1.2 juta orang bernaung di bawah CUEPACS dimana dari jumlah itu, seramai 6,433 orang daripadanya merupakan ahli Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia atau lebih dikenali dengan akronim PACSU.


PACSU merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak dan kepentingan serta tuntutan gaji dan elaun pegawai awam yang bertugas dalam pasukan PDRM. Pada masa yang sama, kesatuan ini turut membantu menyelesaikan masalah, kebajikan serta kefahaman terhadap arahan dan peraturan termasuk menyerapkan budaya polis ke dalam diri setiap peringkat pegawai awam di Jabatan Polis Diraja Malaysia.


"Saya amat bangga dengan peranan yang dimainkan oleh PACSU, terutamanya dalam konteks employee-employer relationship, dan ternyata PACSU dan PDRM mempunyai perhubungan yang intim, yang memberikan makna kepada istilah 'win-win situation', ucap YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.


Penstrukturan semua perkhidmatan pegawai awam bagi mengambil alih penugasan yang berbentuk sokongan administratif  supaya keanggotaan polis boleh menumpukan kepada penugasan operational ini adalah selaras dengan kehendak Program Transformasi Kerajaan dan PDRM sentiasa menghargai peranan pegawai awam yang membantu tugas-tugas pentadbiran di semua jabatan dalam PDRM.


Dalam ucapannya lagi, YDH Timbalan Ketua Polis Negara menekankan tentang kepentingan perkhidmatan secara profesional dan sentiasa menjadi teras perkhidmatan di dalam cara kita apabila berinteraksi dengan pelanggan, menguruskan masa, meletakkan keutamaan kerja, menentukan kualiti hasil kerja dan semangat kerja berpasukan.


"Semoga perhimpunan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta meningkatkan lagi interaksi bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian di kalangan pegawai awam dan semangat setiakawan ini akan dapat dipupuk dan diperkayakan agar menjadi budaya bagi mewujudkan suasana kerja yang harmonis, beretika dan berdisiplin disamping dapat melahirkan warga PDRM yang berintegriti dan profesional", akhiri ucapan oleh YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Setia Bersama Pdrm
Ucapan oleh Y.Bhg. Encik Abdul Rahim bin Jantan, Presiden PACSU Malaysia

Setia Bersama Pdrm
Y.Bhg. Dato' Haji Omar bin Osman, Presiden CUEPACS juga turut memberikan ucapan

Setia Bersama Pdrm
Ucaptama oleh YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Setia Bersama Pdrm
Pelancaran Penubuhan Sabah Police Administrative Civilian Staff Union (SPACSU)

Setia Bersama Pdrm
Lafaz Ikrar oleh Y.Bhg Encik Saini bin Tamin, Presiden SPACSU

Setia Bersama Pdrm
Barisan YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang turut hadir...


Gambar-gambar sekitar Majlis Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun 2011
Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm

Setia Bersama Pdrm
YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar bergambar kenangan bersama Ahli-Ahli Majlis Exco PACSU

Setia Bersama Pdrm
Bersama Ahli-ahli Exco SPOCSU

Setia Bersama Pdrm
Bergambar kenangan dengan Ahli-ahli Exco SPACSU

Setia Bersama Pdrm
Bergambar kenangan bersama penerima-penerima Surat Penghargaan


Wartawan / Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM