Kewujudan Billboard Untuk Kempen Pencegahan Jenayah Di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 8 Mei 2011 - "Pendekatan ini juga merupakan salah satu marketing strategy pihak polis ke arah mendidik masyarakat dalam mencegah jenayah dan saya percaya melalui kempen pencegahan jenayah sebegini, masyarakat akan dapat melihat dengan lebih jelas mesej yang ingin disampaikan kepada mereka melalui iklan di billboard," ujar YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Majlis Perasmian Billboard Kempen Pencegahan Jenayah di Wangsa Link, Wangsa Maju hari ini.
Billboard
kempen pencegahan jenayah ini akan dipasang di lokasi-lokasi strategik
di semua daerah sekitar Kontinjen Kuala Lumpur untuk menyampaikan mesej
pencegahan jenayah secara lebih 'simple' dan interaktif dengan memaparkan lukisan kartun daripada kartunis tempatan, Imuda.
Selain
itu, maklumat-maklumat seperti nombor hotline (Rakan Cop) Polis KL dan
nombor SMS Rakan Cop juga turut dipaparkan untuk memudahkan orang ramai
menyalurkan apa jua maklumat yang terlibat dengan jenayah.3
Majlis Perasmian Billboard Kempen Pencegahan Jenayah, Kuala Lumpur
Ucapan Perasmian oleh YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar melihat 'Billboard' Kempen Pencegahan Jenayah
Maklumat-maklumat yang terdapat di 'Billboard'
Gimik Pelancaran...
Peragut berjaya ditumpaskan hasil maklumat orang awam yang menghubungi pihak Polis...
Persembahan tarian oleh penari-penari cilik...
Kawad Tanpa Perintah dari Kadet Polis
Persembahan mempertahankan diri dan menumpaskan penjenayah dari Rukun Tetangga..
Persembahan menarik ..Tarian Singa
Persembahan dari Pancaragam PDRM
Sidang Media..
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Mohamad Faizyal bin Jamaludin