Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ketua Polis Thailand Bergelar Tan Sri

Published: 11 Jun 2014 5.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
istiadat penganugerahan menyaksikan Pol.Gen. Wichean Potephosree, Commissioner General of Royal Thai Police, dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (Kehormat) yang membawa gelaran Tan Sri. Dalam pa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-polis-thailand-bergelar-tan-sri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:20 MYT

Kuala Lumpur, 30 Jun 2011 - Seramai 243 individu menerima anugerah di Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang Dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 4 Jun lalu.

Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Balairong Seri, Istana Negara pagi ini.

Istiadat penganugerahan menyaksikan Pol.Gen. Wichean Potephosree, Commissioner General of Royal Thai Police, dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (Kehormat) yang membawa gelaran Tan Sri.

Dalam pada itu juga, Pol.Lt.Gen. Tritot Ronnaritvichai, Commisioner of Special Branch of Royal Thai Police dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (Kehormat) dengan membawa gelaran Datuk.

Turut menerima anugerah ialah Y.Bhg Tan Sri Hussin Hj. Ismail (Mantan Timbalan Ketua Polis Negara), YDH CP Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusana PDRM dan YDH SAC Dato' Hj. Badaruddin Mohd Isa, Ketua Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.

YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara turut hadir menyaksikan istiadat yang bersejarah itu. 

Ketua Polis Thailand Bergelar Tan Sri
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (Kehormat) kepada Pol.Gen. Tan Sri Wichean Potephosree, Commissioner General of Royal Thai Police.

Ketua Polis Thailand Bergelar Tan Sri
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (Kehormat) kepada Pol. Lt. Gen. Tritot Ronnaritivichai, Commissioner of Special Branch of Royal Thai Police.

Ketua Polis Thailand Bergelar Tan Sri
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara kepada Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM.

Ketua Polis Thailand Bergelar Tan Sri
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota kepada Dato' Hj. Badaruddin Mohd. Isa, Ketua Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.

Ketua Polis Thailand Bergelar Tan Sri
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara kepada Supt. Mohd Makros Hj. Tahir dari Maktab Teknik PDRM Muar, Johor.

Ketua Polis Thailand Bergelar Tan Sri
MERAFAK SEMBAH...Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara merafak sembah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Ketua Polis Thailand Bergelar Tan Sri
MESRA...Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, bertitah sesuatu kepada Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Thailand Bergelar Tan Sri
BERGAMBAR KENANGAN..Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara (tengah) bergambar kenangan dengan Pol.Gen. Wichean Potephosree, Commissioner General of Royal Thai Police (kiri) dan Pol.Lt.Gen. Tritot Ronnaritvichai, Commisioner of Special Branch of Royal Thai Police.
 
Teks & Foto    :    SM Megat Nizar
ArticlePublished 11 Jun 2014 5.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM