Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ketua Polis Negara Selamat Tiba Ke Tanah Air Dari Tunai Haji

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Inspektor Jeneral Tan Sri Dato Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, selamat tiba ke tanah air setelah menunaikan fardhu haji ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-polis-negara-selamat-tiba-ke-tanah-air-dari-tunai-haji
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:03 MYT
Sepang, 2 November 2012 – YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, selamat tiba ke tanah air setelah menunaikan fardhu haji di tanah suci Mekah.

Pesawat MH 8201 (KT03) yang membawa jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.46 pagi tadi.

Ketibaan Tan Sri Dato Seri Haji Ismail dan isteri disambut oleh Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan ahli keluarga serta para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga ahli-ahli PERKEP.

"Saya amat bersyukur kerana selamat tiba ke tanah air dan bertemu kembali dengan anak-anak dan cucu-cucu tersayang serta rakan-rakan sepasukan".
"Urusan ketika menunaikan ibadat di sana semuanya berjalan lancar dan kecekapan kakitangan Tabung Haji harus dipuji kerana mereka memastikan setiap hari ibadat kami berjalan dengan baik ".

Demikian kata Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail, setelah selamat tiba di KLIA bersama YDH ACP Haji Mohd Fuad Abd Latiff, Timbalan Ketua Trafik Pasukan dan isteri Y.Bhg Hajah Norsiah Musa yang turut sama menunaikan fardhu haji.

YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada warga PDRM yang mendoakannya dan isteri agar dipermudahkan dalam menjalani ibadat haji.

"Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah", kata YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail akan kembali bertugas pada 5 November 2012, setelah berehat selama dua hari.

Ketua Polis Negara Selamat Tiba Ke Tanah Air Dari Tunai Haji
Ketibaan Ketua Polis Negara disambut oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PDRM.

Ketua Polis Negara Selamat Tiba Ke Tanah Air Dari Tunai Haji
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara Selamat Tiba Ke Tanah Air Dari Tunai Haji
Ketibaan Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Hajjah Suriati bt. Md Sobri, isteri kepada YDH Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara Selamat Tiba Ke Tanah Air Dari Tunai Haji
Antara yang yang menyambut ketibaan Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara Selamat Tiba Ke Tanah Air Dari Tunai Haji
Sekitar bacaan doa selamat.

Ketua Polis Negara Selamat Tiba Ke Tanah Air Dari Tunai Haji
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM