Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor

Published: 12 Jun 2014 3.07 AM Updated: 15 Aug 2026 6.29 PM
Majlis itu bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara Polis dan Komuniti Selangor, menjalinkan hubungan silaturahim dan kerjasama erat dalam usaha membanteras dan mencegah kejadian jenayah yang ber..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-polis-negara-bertemu-ahli-rakan-cop-kontinjen-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Raymond Martin


SELANGOR, 21 September - Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Bersama Ahli Rakan COP sekitar kawasan itu.

Majlis itu bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara Polis dan Komuniti Selangor, menjalinkan hubungan silaturahim dan kerjasama erat dalam usaha membanteras dan mencegah kejadian jenayah yang berlaku di sekitar negeri ini.

"Dengan wujudnya program Rakan COP, orang ramai mulai sedar akan tanggungjawab mereka di dalam bersama-sama memerangi jenayah, dan bertindak sebagai mata dan telinga polis. Pendekatan yang diambil adalah mudah dan praktikal, iaitu dengan menggunakan kemudahan telekomunikasi terkini iaitu perkhidmatan hotline, sms, e-mel dan laman web sebagai medium perantara untuk memudahkan interaksi dua hala antara polis dan masyarakat", ujar YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapan beliau petang ini.

"Akhir kata, marilah sama-sama kita membulatkan tekad, bergabung tenaga serta idea, di dalam memerangi jenayah di negara yang kita ini, daripada terus berlaku, serta meneruskan kelestarian kehidupan yang lebih berkualiti di dalam suasana aman, sejahtera dan selamat", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan beliau.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah KDN/KA, (Kepolisan/Pencegahan Jenayah), Y.Bhg Dr. Khoo Kheng Hor, Penceramah Sun Tzu's, YDH Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Selangor, Y.Bhg Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Y.Bhg Ketua-Ketua Masyarakat, Wakil-wakil NGO, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, wakil-wakil media dan masyarakat setempat.


Antara yang hadir
Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor

Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Taklimat Sun Tzu's oleh Y.Bhg Dr. Khoo Kheng-Hor.

Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Taklimat My Distress dan Rakan Cop.

Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Antara yang hadir.

Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Taklimat oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
 
Penyampaian cenderahati kepada ahli-ahli rakan cop oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor

Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Dr. Khoo Kheng-Hor.
 
Ketua Polis Negara Bertemu Ahli Rakan Cop Kontinjen Selangor
YDH Dato' Hj Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
ArticlePublished 12 Jun 2014 3.07 AMUpdated 15 Aug 2026 6.29 PM