Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ketua Kampung Ditahan Lepaskan Tembakan Cederakan Seorang Lelaki

Published: 11 Nov 2014 6.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 11 Nov - Polis menahan seorang ketua kampung selepas dipercayai melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang lelaki di Kampung Batu 2, Jalan Apas di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-kampung-ditahan-lepaskan-tembakan-cederakan-seorang-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:59 MYT


Tawau, 11 Nov - Polis menahan seorang ketua kampung selepas dipercayai melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang lelaki di Kampung Batu 2, Jalan Apas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian 1.15 pagi itu, suspek berusia 62 tahun itu melepaskan dua das tembakan untuk menakut-nakutkan beberapa lelaki yang dikatakan cuba menyerangnya.

"Ketika kejadian beberapa lelaki dikatakan telah menyerang dengan melemparkan objek ke rumah beliau menyebabkan dia berang dan terus keluar rumah dan melepaskan dua das tembakan amaran untuk menakut-nakutkan penyerang terbabit.

"Satu daripada tembakan terkena seorang daripada lelaki itu. Mangsa yang cedera di bahagian telinga dan belakang badan itu kini dirawat di Hospital Besar Tawau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan senjata jenis 'pump gun' yang digunakan turut dirampas untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Awang Besar menasihatkan orang ramai yang mempunyai lesen dan memiliki senjata api supaya tidak menggunakannya secara sewenang-wenangnya. - BERNAMA

ArticlePublished 11 Nov 2014 6.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM