Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Percubaan Seludup Dadah Melalui Kurier Gagal

Diterbitkan: 11 Nov 2014 4.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 11 Nov – Hasil kerjasama polis dengan sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Petaling Jaya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan empat percubaan penyeludupan dadah menggunakan perkhidmatan kurier.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-percubaan-seludup-dadah-melalui-kurier-gagal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:40 MYT

 

Kuala Lumpur, 11 Nov – Hasil kerjasama polis dengan sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Petaling Jaya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan empat percubaan penyeludupan dadah menggunakan perkhidmatan kurier.

Pengarah JSJN CP Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata sebanyak lapan kilogram dadah jenis syabu telah dirampas dan dianggarkan bernilai RM 800,000.

“Kita percaya dadah yang diseludup ini datangnya dari daerah Guandong, China dan disyaki didalangi oleh sindiket warganegara Nigeria,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Menurut beliau lagi, pihak polis menemui dadah tersebut yang disorokkan di dalam tempat duduk basikal, katrij mesin pencetak dan komponen mesin pemotong.

"Kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama erat syarikat perkhidmatan kurier dengan pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan dadah di negara ini dengan lebih efektif," jelas Noor Rashid.

Tambah Noor Rashid PDRM sentiasa memantau aktiviti penyeludupan dadah atau tren terbaru yang digunakan sindiket dadah antarabangsa dan kerjasama dari masyarakat dalam memberi maklumat kepada pihak polis.

Empat Percubaan Seludup Dadah Melalui Kurier Gagal
Pengarah JSJN CP Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika sidang media.

Empat Percubaan Seludup Dadah Melalui Kurier Gagal
Antara dadah yang dirampas.

Empat Percubaan Seludup Dadah Melalui Kurier Gagal
Antara dadah yang dirampas.

Empat Percubaan Seludup Dadah Melalui Kurier Gagal
CP Dato’ Sri Noor Rashid menunjukkan cara dadah yang disembunyikan.

Empat Percubaan Seludup Dadah Melalui Kurier Gagal
CP Dato’ Sri Noor Rashid menunjukkan cara dadah yang disembunyikan.
ArtikelDiterbitkan 11 Nov 2014 4.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM