Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keterangan Sirul Azhar Tidak Berasas Timbulkan Spekulasi Kpn

Published: 25 Nov 2023 8.41 AM Updated: 17 Jul 2026 2.25 AM
Kuala Lumpur, 25 November 2023 - Polis Diraja Malaysia melihat kenyataan Sirul Azhar Umar kepada sebuah media antarabangsa berhubung sabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2009, sebagai tidak berasas dan bersifat kenyataan liar yang boleh menimbulkan lebih banyak spekulasi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keterangan-sirul-azhar-tidak-berasas-timbulkan-spekulasi-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:04 MYT
Kuala Lumpur, 25 November 2023 - Polis Diraja Malaysia melihat kenyataan Sirul Azhar Umar kepada sebuah media antarabangsa berhubung sabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2009, sebagai tidak berasas dan bersifat kenyataan liar yang boleh menimbulkan lebih banyak spekulasi.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini kerana Sirul Azhar telah diberikan peluang untuk membela diri selari dengan perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

“Namun dakwaan beliau ini tidak pernah dikemukakan kepada mana-mana mahkamah yang mengadili beliau, dari Mahkamah Tinggi sehinggalah di Mahkamah Persekutuan.

“Sekiranya beliau yakin dan merasakan perlu keadilan bahawa terdapat keterangan-keterangan baharu, beliau atau melalui peguamnya, boleh membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang perlu berkaitan dakwaan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai wawancara Sirul Azhar oleh sebuah media antarabangsa yang disiarkan di televisyen baru-baru ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2247812&fbclid=IwAR0zSa0sR3q2ONqj0h9xPYI_fMSVI1Eu0NTb9eYOMpQNF2ZDShVtZjqSXqs
ArticlePublished 25 Nov 2023 8.41 AMUpdated 17 Jul 2026 2.25 AM