Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tan Sri Razarudin Hadiri Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sttj

Diterbitkan: 25 Nov 2023 5.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Seremban, 25 November 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Malam Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ) di dewan besar sekolah, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tan-sri-razarudin-hadiri-sambutan-jubli-emas-50-tahun-sttj
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:05 MYT

Seremban, 25 November 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Malam Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ) di dewan besar sekolah, di sini, malam tadi.

Ketibaan Tan Sri Razarudin ke majlis berkenaan telah disambut oleh Presiden Tuanku Jaafar-Technical Institution Alumni, Seremban, Sr. Gs. Hj. Md. Badrul Hisham Hj. Awang dan Pengetua STTJ, Ts. Sudiman Musa.

Beliau yang merupakan bekas pelajar dari tahun 1979 sehingga 1980 juga merupakan seorang alumni yang aktif dalam membantu persatuan bekas pelajar sekolah berkenaan.

Majlis yang diadakan bersempena ulang tahun ke-50 STTJ itu juga dihadiri oleh Pengarah Bahagian Latihan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, Ts. Zulkemai Fauzi serta Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Encik Azmi Zainal.

Dalam majlis itu, Tan Sri Razarudin telah diberi penghormatan untuk memotong kek, selain ditemuramah tentang pengalaman manis beliau menimba ilmu di STTJ, di samping memberi nasihat berguna kepada generasi pelapis sekolah.

Beliau dan semua tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan artis yang merupakan alumni STTJ seperti Encik Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam dan penyanyi utama Kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Encik Norzaini Mohammad atau lebih dikenali sebagai Awang BPR.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr. Hj. Roslan Hussin dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru STTJ, Encik Mohd Ismail Hj. Mahmud.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 2 people, dais and text that says 'JUBL 2023 MAJLIS MAKAN MALAM JUBLI EMAS 50 TAHUN STTJ (1973 2023) SABTU 25 NOV 2023 MASA 6.00 PETANG

May be an image of 6 people

May be an image of 3 people, crowd and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 2 people, crowd and text


ArtikelDiterbitkan 25 Nov 2023 5.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM