Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Cari Tempat Selamat Jangan Berteduh Di Bahu Jalan Ketika Hujan Lebat

Diterbitkan: 25 Nov 2023 6.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.25 AM
Kuala Lumpur - Pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan sekiranya berdepan dengan cuaca buruk atau hujan lebat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-cari-tempat-selamat-jangan-berteduh-di-bahu-jalan-ketika-hujan-lebat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:05 MYT
Kuala Lumpur - Pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan sekiranya berdepan dengan cuaca buruk atau hujan lebat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, penunggang motosikal digalakkan berhenti berteduh di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah atau stesen minyak berdekatan sekiranya berhadapan dua situasi tersebut.

Beliau berkata, kumpulan motosikal dinasihatkan untuk tidak berhenti di bahu jalan atau di bawah jambatan dengan tujuan berteduh semasa hujan.

Ini kerana katanya, tindakan seumpama itu sangat bahaya, sebaliknya berusaha mencari dan memilih tempat yang jauh lebih selamat.

"Malah menurut Kaedah 53 dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959), tiada sebarang kenderaan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong tambahan atau bahu jalan di sebelah kiri jalan yang ditentukan sebagai lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan yang bersifat sementara.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

https://www.sinarharian.com.my/article/636417/berita/semasa/hujan-lebat-cari-tempat-selamat-jangan-berteduh-di-bahu-jalan?fbclid=IwAR1-GfkCLZC--UqAptEkRYFrldwZBd-6ySEGop0gB-nBF8YkTB6PjQ_Vors 
ArtikelDiterbitkan 25 Nov 2023 6.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.25 AM