Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kesesakan Dengan Ketibaan Obama Untuk Hadiri Sidang Kemuncak Asean

Published: 20 Nov 2015 9.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 20 Nov- Kesesakan teruk berlaku apabila Lebuhraya Persekutuan daripada Subang menghala Kuala Lumpur ditutup sejak pukul 4 petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kesesakan-dengan-ketibaan-obama-untuk-hadiri-sidang-kemuncak-asean
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT

Kuala Lumpur, 20 Nov- Kesesakan teruk berlaku apabila Lebuhraya Persekutuan daripada Subang menghala Kuala Lumpur ditutup sejak pukul 4 petang tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur, lebuh raya berkenaan ditutup bagi memberi laluan kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

"Lebuh raya akan ditutup sehingga perjalanan Obama ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selesai," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jalan di sekitar Kuala Lumpur yang turut terjejas ialah Jalan Imbi, Jalan Kinabalu dan Jalan Sultan Ismail.

Jurucakap itu berkata pengguna jalan raya dinasihat supaya menggunakan jalan alternatif bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dengan mematuhi peraturan serta arahan polis.- BERNAMA

ArticlePublished 20 Nov 2015 9.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM