Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keselamatan Terpelihara Keprihatinan Diutamakan

Diterbitkan: 10 Aug 2026 1.53 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Koperal Mohd Nasharuddin Bujang, Koperal Syah Izwan Zainuddin dan Konstabel Rafael Anak Mathew dari Balai Polis Pasir Gudang, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam atas keprihatinan membantu seorang pemandu yang mengalami tayar pancit ketika rondaan di Jalan Mesjid, Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keselamatan-terpelihara-keprihatinan-diutamakan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:11 MYT
 
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Koperal Mohd Nasharuddin Bujang, Koperal Syah Izwan Zainuddin dan Konstabel Rafael Anak Mathew dari Balai Polis Pasir Gudang, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam atas keprihatinan membantu seorang pemandu yang mengalami tayar pancit ketika rondaan di Jalan Mesjid, Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Selain membantu menukarkan tayar, mereka turut mengawal lalu lintas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Di sebalik tugasan menjaga keselamatan masyarakat, masih ada ruang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Semoga jasa dan keikhlasan anggota Sang Saka Biru ini menjadi inspirasi, sekali gus mencerminkan nilai integriti, empati dan dedikasi yang sentiasa menjadi pegangan warga Polis Diraja Malaysia.

ArtikelDiterbitkan 10 Aug 2026 1.53 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM