Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keselamatan Pengundi Sewaktu Pru14 Terjamin Ketua Polis Selangor

Published: 01 Feb 2018 7.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Shah Alam, 1 Februari 2018 - Polis memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman pengundi adalah terjamin semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keselamatan-pengundi-sewaktu-pru14-terjamin-ketua-polis-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:54 MYT

Shah Alam, 1 Februari 2018 - Polis memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman pengundi adalah terjamin semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya telah melakukan persiapan awal melibatkan pelbagai aspek keselamatan dan ketenteraman awam bagi memastikan hari berkempen dan mengundi semasa PRU14nanti berjalan lancar.

"Kita sudah lama membuat persiapan rapi dari mobilisasi anggota, kawalan lalu lintas dan rondaan dalam menghadapi semua kemungkinan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Shah Alam di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Baharudin Mat Taib dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam yang baharu mulai hari ini.

Beliau menggantikan SAC Shafien Mamat yang ditukarkan ke Bukit Aman bagi menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standart (Agama dan Kaunseling).

Sebanyak 22 kerusi Parlimen dipertandingkan di Selangor termasuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PU14.

- BERNAMA

ArticlePublished 01 Feb 2018 7.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM