Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Ragut Di Melaka Tengah Turun 66 Peratus Pada Julai Dan Ogos

Published: 04 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata penurunan itu berdasarkan sembilan kes yang dilaporkan berbanding 28 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-ragut-di-melaka-tengah-turun-66-peratus-pada-julai-dan-ogos
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:12 MYT

Melaka, 4 Sept- Kes ragut di Melaka Tengah mencatat penurunan sebanyak 66 peratus dari Julai hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata penurunan itu berdasarkan sembilan kes yang dilaporkan berbanding 28 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, daripada sembilan kes tahun ini, lima daripadanya melibatkan pelancong dan empat melibatkan warga tempatan.

"Penurunan ini hasil pemantauan yang dijalankan pihak polis bagi memerangi kes jenayah secara holistik dan agresif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan kes ragut berlaku di kawasan bandar antaranya Jonker Walk, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Bendahara dan Jalan Bunga Raya.

Menurutnya pihak polis bersama-bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia sentiasa memantau kawasan tersebut bagi memerangi kes jenayah berkenaan.- BERNAMA

ArticlePublished 04 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM