Curi Kereta Tiga Ditahan Seorang Lagi Masih Bebas
SHAH ALAM, 4 Sept. - Ekoran daripada maklumat dengan penahanan tiga suspek lelaki berumur 31 tahun hingga 36 tahun di dalam serbuan di Batu Caves, Selangor, sepasukan polis daripada Cawangan Jenayah Berat D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah berjaya membongkar kumpulan yang aktif menjalankan aktiviti mencuri kereta dengan merampas empat buah kereta yang menggunakan nombor plat palsu disyaki dicuri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Dato' Mohd Adnan bin Abdullah berkata pada sidang media pagi tadi, kumpulan ini bergiat aktif semenjak 29 Jun tahun ini dan pihak polis juga sedang memburu seorang lagi rakan suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan pihak polis.
Sumber: Polis Selangor