Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Mayat Dikerat Enam Polis Cari Warga Bangladesh Md Shahzada Saju

Published: 17 Jul 2018 2.28 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 17 Julai 2018 - Polis mengesahkan telah mengenal pasti identiti mayat wanita yang dikerat enam dan ditemukan dalam dua beg pakaian di tepi Jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak, di sini pada 5 Julai lalu ialah warganegara Bangladesh berusia 29 tahun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-mayat-dikerat-enam-polis-cari-warga-bangladesh-md-shahzada-saju
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:30 MYT

Kuala Lumpur, 17 Julai 2018 - Polis mengesahkan telah mengenal pasti identiti mayat wanita yang dikerat enam dan ditemukan dalam dua beg pakaian di tepi Jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak, di sini pada 5 Julai lalu ialah warganegara Bangladesh berusia 29 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, polis kini giat mengesan seorang lagi saksi untuk membantu siasatan kes.

"Saksi yang sedang dikesan ialah suami mangsa, Md. Shahzada Saju, 37, dan memiliki pasport bernombor BQ0096599.

"Kita percaya lelaki itu kini berada di Johor," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Bukit Jalil, di sini hari ini.

Tambahnya, mereka yang mempunyai maklumat lanjut boleh menyalurkan maklumat kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, Deputi Superintenden Gunalan Muniandy (019-3114418) atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Faizal Abdullah di talian 012-4834439.

Sumber: Utusan Online

ArticlePublished 17 Jul 2018 2.28 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM