Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kes Bunuh Reman Empat Suspek Dilanjut Seminggu

Diterbitkan: 18 Sep 2015 12.18 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kangar, 18 Sept- Tempoh tahanan reman tiga lelaki dan seorang wanita dilanjutkan seminggu lagi bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki berhampiran Sungai Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada 11 Sept lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-bunuh-reman-empat-suspek-dilanjut-seminggu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

Kangar, 18 Sept- Tempoh tahanan reman tiga lelaki dan seorang wanita dilanjutkan seminggu lagi bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki berhampiran Sungai Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada 11 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata suspek lelaki berusia 23 hingga 26 tahun dan seorang wanita berumur 21 tahun itu yang berasal dari Kuala Sanglang, Perlis, sebelum ini direman seminggu.

Katanya mereka direman sehingga 25 Sept ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Keempat-empat suspek ditahan pada hari sama selepas mayat lelaki tersebut ditemui dengan tangan terikat.

Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah mengeluarkan perintah reman itu hari ini, kata Abdul Rahman.

Katanya kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu hadapan sebelum suspek dituduh di mahkamah atas dakwaan membunuh.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Sep 2015 12.18 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM