Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

1500 Peserta Jayakan Senaman Gaya Hidup Sihat

Diterbitkan: 18 Sep 2015 12.51 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 18 September– Seramai 1,500 peserta terdiri daripada para Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah dan pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) telah menyertai Program Senaman Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/1500-peserta-jayakan-senaman-gaya-hidup-sihat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

1500 PESERTA JAYAKAN SENAMAN GAYA HIDUP SIHAT

Kuala Lumpur, 18 September– Seramai 1,500 peserta terdiri daripada para Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah dan pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) telah menyertai Program Senaman Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, petang tadi.

Program anjuran Jabatan Pengurusan itu dibuat bagi menyahut seruan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa mahukan setiap lapisan warganya mengamalkan gaya hidup yang sihat agar sentiasa cergas, cerdas dan tangkas dalam melaksanakan tugasan dan amanah kewajipan setiap masa.

YDH Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah yang hadir mewakili pucuk pimpinan PDRM telah bersama-sama bersenam dengan seluruh peserta yang hadir pada hari ini sebagai acara kemuncak program tersebut.

Turut hadir dalam aktiviti tersebut adalah YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Dato' Asri Yusoff, YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Dato' Ruslan Hassan serta pucuk pimpinan PULAPOL Kuala Lumpur.

1500 Peserta Jayakan Senaman Gaya Hidup Sihat
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah.

1500 Peserta Jayakan Senaman Gaya Hidup SihatKetibaan YDH Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah

1500 Peserta Jayakan Senaman Gaya Hidup Sihat
1500 Peserta Jayakan Senaman Gaya Hidup Sihat
1500 Peserta Jayakan Senaman Gaya Hidup Sihat
1500 Peserta Jayakan Senaman Gaya Hidup Sihat
1500 Peserta Jayakan Senaman Gaya Hidup Sihat
Sekitar program berlangsung...

ArtikelDiterbitkan 18 Sep 2015 12.51 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM