Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kertas Kerja Tambah Baik Perkhidmatan Ipd Antara Agenda Mesyuarat Star Bilangan 4 Thn 2024

Published: 29 Oct 2024 10.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 29 Oktober 2024 - Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 4 Tahun 2024 yang berlangsung pagi tadi antara lain membentangkan beberapa syor untuk merakyatkan lagi penyampaian perkhidmatan keselamatan di semua ibu pejabat polis daerah (IPD) dan balai polis di bawahnya yang berlangsung dekat Bilik Persidangan, Bangunan Perdana Putra, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kertas-kerja-tambah-baik-perkhidmatan-ipd-antara-agenda-mesyuarat-star-bilangan-4-thn-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:32 MYT

Putrajaya, 29 Oktober 2024 - Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 4 Tahun 2024 yang berlangsung pagi tadi antara lain membentangkan beberapa syor untuk merakyatkan lagi penyampaian perkhidmatan keselamatan di semua ibu pejabat polis daerah (IPD) dan balai polis di bawahnya yang berlangsung dekat Bilik Persidangan, Bangunan Perdana Putra, di sini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dengan dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Ketua agensi Kerajaan Persekutuan lain yang hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman dan Asisten Ketua Staf Perancang Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Zulkifli Hj. Hamid TUDM yang mewakili Panglima Angkatan Tentera.

Penubuhan STAR diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Februari tahun lalu setelah dibentangkan dalam Belanjawan 2023.

Antara fungsi STAR adalah untuk menambah baik semua perkhidmatan dalam kerajaan bagi membendung budaya kerja lama dan peraturan tidak munasabah serta menghapuskan prosedur-prosedur kerja yang boleh melewatkan proses pekerjaan awam.

Pada 10 September lalu, Tan Sri Razarudin telah menghadiri Majlis Apresiasi Kepimpinan KSN di PUSPANITAPURI yang antara lainnya mendengar pengumuman berkenaan lima bidang keberhasilan reformasi bagi menjadikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam sebagai gagasan baharu pada tahun ini.

Ia termasuklah agenda KSN untuk merakyatkan lagi perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dalam memberi anjakan nilai kepada tugasan setiap warga Pasukan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 1 person and text

May be an image of 3 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person

May be an image of text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 10 people, the Oval Office and text

May be an image of 1 person, dais, the Oval Office, newsroom and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text

ArticlePublished 29 Oct 2024 10.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM