Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Dato Sri Ayob Khan Yakin Orang Ramai Tak Tertipu Dengan Individu Menyamar Dirinya

Diterbitkan: 29 Oct 2024 9.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.50 PM
Kota Bharu, 29 Oktober 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, yakin masyarakat tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai dirinya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dato-sri-ayob-khan-yakin-orang-ramai-tak-tertipu-dengan-individu-menyamar-dirinya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:37 MYT
Kota Bharu, 29 Oktober 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, yakin masyarakat tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai dirinya.

Beliau mengakui tidak mengetahui motif individu berkenaan menyamar sebagai dirinya dengan membuka laman sembang di WhatsApp.

"Saya dihubungi oleh ramai rakan mengenai perkara itu. Apa yang pasti nombor telefon saya hanya satu, begitu juga isteri pun hanya satu.

"Saya tidak tahu apa tujuan individu yang menyamar untuk menjadi saya dan membuka kumpulan WhatsApp, namun saya yakin masyarakat tidak akan tertipu dengan individu berkenaan.

"Bagaimanapun, laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dilakukan manakala individu berkenaan giat dikesan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kelantan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Kontinjen Kelantan.

Polis Diraja Malaysia dilaporkan sedang mengesan individu yang menyamar sebagai Ayob Khan di aplikasi WhatsApp.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../ayob-khan-yakin-orang...

ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2024 9.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.50 PM