Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kertan Akhbar Pilihan Geng Curi Kabel Menyamar Pekerja Penyelenggaraan Ditahan

Published: 15 Jun 2023 4.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh berkata, semua sindiket itu menggunakan taktik yang hampir sama iaitu menyamar sebagai pekerja penyelenggaraan syarikat berkenaan dengan memakai jaket keselamatan untuk mengaburi pihak berkuasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kertan-akhbar-pilihan-geng-curi-kabel-menyamar-pekerja-penyelenggaraan-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:30 MYT
Alor Setar, 15 Jun 2023 - Kecekapan polis berjaya menjejaki dan menahan Geng Zali Black, Geng Aji Lebai dan tiga suspek yang aktif terbabit dalam kegiatan mencuri kabel sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh berkata, semua sindiket itu menggunakan taktik yang hampir sama iaitu menyamar sebagai pekerja penyelenggaraan syarikat berkenaan dengan memakai jaket keselamatan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Menurutnya, 15 suspek ditahan adalah mereka yang terbabit dalam tiga sindiket serta dipercayai bergiat aktif di Kota Setar, Baling dan Kubang Pasu.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menahan ‘Geng Zali Black'' berikutan kecurian kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bukit Kayu Hitam.

“Ini susulan laporan kehilangan dua dram kabel milik TNB yang dianggarkan bernilai RM80,000 yang dibuat di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada 6.30 petang 6 Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan Geng Aji Lebai, susulan kejadian curi kabel milik Telekom Malaysia (TM) pada 9 Jun lalu jam 3.35 pagi di Stadium Peremba, di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Geng curi kabel menyamar pekerja penyelenggaraan ditahan to FISOL melihat serbuan ketiga, NB yang dirampas.
ArticlePublished 15 Jun 2023 4.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM