Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Serbu Pusat Panggilan Scammer

Diterbitkan: 15 Jun 2023 3.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Dalam operasi itu, pegawai dan anggota Bahagian Risikan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman menahan empat lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 38 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-serbu-pusat-panggilan-scammer
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:45 MYT
Kajang, 15 Jun 2023 - Sebuah rumah yang dijadikan pusat panggilan bagi kegiatan pelaburan tidak wujud diserbu polis kelmarin.

Dalam operasi itu, pegawai dan anggota Bahagian Risikan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman menahan empat lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 38 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, suspek terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga China.

Polis merampas sebanyak 19 buah telefon bimbit, empat buah komputer riba, dua unit router dan satu set kunci rumah.

“Siasatan mendapati terdapat kegiatan penipuan pelaburan saham tidak wujud di lokasi serbuan. Mereka menyasarkan mangsa warga China," katanya dalam kenyataan kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be a graphic of 1 person and text that says 'KAJANG Sebuah rumah yang Pusat panggilan scammer diserbu komputer riba, vujud router anggota pegawai Bahag
ArtikelDiterbitkan 15 Jun 2023 3.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM