Kerjasama Risikan Nncc Pdrm Dan Kdrm Lumpuhkan Sindiket Seludup Dadah Guna Kargo Laut
Kuala Lumpur, 17 April 2017 – Hasil kerjasama perkongsian maklumat risikan dengan National Narcotics Control Commision of China (NNCC) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman dengan elemen Skuad Taktikal Khas Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan kargo laut baru-baru ini.
Sindiket dadah yang didalangi oleh warga Nigeria ini telah menyeludup masuk dadah yang dibawa dari negara China menggunakan kargo laut untuk dijual dalam pasaran tempatan.
Pengarah JSJN, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebentar tadi berkata, bertindak atas maklumat risikan tersebut, pada 13 April 2017, STING dan KDRM telah melancarkan satu serbuan di ibu kota dan berjaya menahan dua ahli sindiket.
Bersama-sama tangkapan tersebut, pihak berkuasa turut berjaya merampas sejumlah 5.08 kilogram (kg) dadah jenis Syabu bernilai RM400,000 yang disorokkan dalam beg-beg galas bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Dato' Sri Mokhtar turut mengesahkan seorang daripada suspek didapati positif ujian air kencing dan kedua-duanya masih direman untuk untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pengarah JSJN menunjukkan kaedah dadah disorokkan kepada pihak media..
Sidang media pada hari ini dikendalikan oleh Pengarah JSJN, Dato' Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd Shariff..
Sekitar sidang media JSJN pada hari ini..
antara dadah-dadah yang dirampas...