Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Warga Myanmar Ditemui Dengan Tangan Dirantai Di Rumah

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sungai Petani, 20 Feb - Empat lelaki warga Myanmar ditemui tidak bermaya dengan tangan dirantai di sebuah rumah di belakang sebuah hotel di Jalan Besar di sini malam tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-warga-myanmar-ditemui-dengan-tangan-dirantai-di-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:16 MYT

Sungai Petani, 20 Feb - Empat lelaki warga Myanmar ditemui tidak bermaya dengan tangan dirantai di sebuah rumah di belakang sebuah hotel di Jalan Besar di sini malam tadi.

Kesemua lelaki berusia 30-an itu dipercayai dikurung di dalam rumah itu selepas memasuki negara ini secara haram melalui Thailand sembilan hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya berkata polis menemui empat lelaki itu kira-kira pukul 10 malam dengan tangan dirantai dan ditempatkan di bahagian dapur rumah usang yang dijaga seorang lelaki warga Myanmar lain.

Katanya siasatan awal mendapati keempat-empat lelaki itu dikurung pihak tertentu bertujuan meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa yang berada di Myanmar.

"Seorang daripada mangsa mengakui dibawa masuk ke negara ini sejak sembilan hari lalu sebelum ditempatkan di rumah terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nashir berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang kegiatan itu.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM