Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kerjasama Pdrm Dan Atm Mengawal Keselamatan Klia

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bertugaslah dengan gaya yang segak, segak di dalam dan segak di luar, siapa sedia untuk menghadapi apa jua cabaran dan tomahan kerana kita akan sentiasa dipandang oleh orang ramai..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerjasama-pdrm-dan-atm-mengawal-keselamatan-klia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:24 MYT
Sepang - 26 Julai 2011. Gandingan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di dalam aspek mengawal keselamatan dan kesejahteraan  negara, khususnya dari aspek pencegahan jenayah diperluaskan lagi pada hari ini. Kerjasama ini meliputi beberapa kontinjen yang dipilih termasuk penugasan kawalan keselamatan di pintu masuk utama negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bertempat di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur pada tengahari ini, YDH SAC Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Kerjasama PDRM/ATM di bawah National Strategy Execution Summit (NSES) Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hadir sama di majlis tersebut ialah Y.Bhg Leftenan Kolonel Abd Karim bin Ahmad, Pegawai Pemerintah Batalion 9 RAMD, YDH SUPT. Hapka bin Mohd Said, Pegawai Pemerintah Batalion Khas KLIA dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta ATM.

"Bertugaslah dengan gaya yang segak, segak di dalam dan segak di luar, siapa sedia untuk menghadapi apa jua cabaran dan tomahan kerana kita akan sentiasa dipandang oleh orang ramai, oleh itu jagalah disiplin kita dan tunjukkan mutu perkhidmatan yang tinggi kepada mereka ", antara amanat oleh YDH SAC Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am.

Melalui beberapa siri perbincangan dan mesyuarat pada 4 Julai 2011 dan 7 Julai 2011, kedua-dua pucuk pimpinan PDRM/ATM telah bersetuju, kawalan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dilaksanakn pada 25 Julai 2011.

Sebagai persiapan, satu sesi taklimat penugasan telah di adakan pada 21-22 Julai 2011 bertempat di Malaysia Airports Training Centre (MATC) KLIA yang melibatkan beberapa agensi, iaitu Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DC), Malaysia Airports Berhad (MAHB), Aviation Security dan Ketua Polis Daerah Sepang.

Kawalan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini melibatkan penugasan secara giliran untuk tempoh 24 jam, dengan kekuatan seramai 4 pegawai dan 400 anggota PDRM dari Batalion Khas KLIA serta 1 pegawai dan 28 anggota ATM dari Batalion 9 RAMD Para Kem Sungai Udang, Melaka.

Antara tugas-tugas yang akan dilaksankan bersama ialah meronda seluruh kawasan terminal meliputi semua aras, cegah jenayah, pemantauan bagi menjamin keselamatan harta awam serta pengunjung KLIA, membanteras kegiatan ulat dan sebarang kegiatan unlawful Interference serta menyediakan pasukan tempur bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan atau sabotaj.

Kerjasama Pdrm Dan Atm Mengawal Keselamatan Klia
Majlis Pelancaran Program Kerjasama PDRM/ATM di bawah National Strategy Execution Summit (NSES) Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disempurnakan oleh YDH SAC Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am

Kerjasama Pdrm Dan Atm Mengawal Keselamatan Klia
AntaraPpegawai-pegawai Kanan PDRM dan anggota yang hadir...

Kerjasama Pdrm Dan Atm Mengawal Keselamatan Klia
Pegawai dan anggota dari Batalion 9 RAMD Para Kem Sungai Udang, Melaka.

Kerjasama Pdrm Dan Atm Mengawal Keselamatan Klia
Lengkap bersenjata... Batalion 9 RAMD Para Kem Sungai Udang, Melaka.

Kerjasama Pdrm Dan Atm Mengawal Keselamatan Klia
Beramah mesra dengan anggota dari Batalion 9 RAMD Para

Kerjasama Pdrm Dan Atm Mengawal Keselamatan Klia
Bergambar kenangan di Anjung Tinjau, KLIA

Kerjasama Pdrm Dan Atm Mengawal Keselamatan Klia
Gandingan rondaan antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM