Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Perjawatan
Bukit Aman - 27 Julai 2011
Patah Tumbuh Hilang Berganti. Demikianlah setelah selama 36 tahun 1 bulan dan 27 hariberkhidmat di dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia, YDH SAC Dato' Muhammad Nadzri bin Haji Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) telah bersara wajib.
Pagi ini, satu Majlis Serah Terima TugasKetua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) telah berlangsung di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman. YDH SAC Dato' Muhammad Nadzri bin Haji Ismail menyerahkan jawatan kepada YDH P/SAC Hasanuddin bin Hassan, disaksikan oleh YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman.
Turut hadir YDH SAC Dato' Nizar bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan),YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Agama Dan Kaunseling Bukit Aman, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Anggota Polis dan Kakitangan Awam.

Ketibaan YDH SAC Dato' Muhammad Nadzri bin Haji Ismaildisambut oleh Pegawai Kanan Polis

Serah Terima TugasJawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) disaksikan oleh YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani

Antara yang hadir

Ucapan daripada YDH Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman

Ucapan YDH SAC Dato' Muhammad Nadzri bin Haji Ismail

Penyampaian cenderahati kenangan

Memotong nasi kuning dan kek bersama ibu serta isteri
Gambar Kenangan Bersama Anggota Unit Cawangan Pengurusan Perkhidmatan







Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Fansus Jangor