
Article
Keratan Akhbar Pilihan Warganet Perlu Hentikan Spekulasi Kjsj Melaka
Melaka, 1 Februari 2021 - Pengguna media sosial tidak perlu mengambil alih tugas polis untuk menyiasat kes kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang...
Melaka, 1 Februari 2021 - Pengguna media sosial tidak perlu mengambil alih tugas polis untuk menyiasat kes kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera, Jumaat lalu.
Sebaliknya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Tuan Mohd Sukri Kaman meminta semua warganet dan masyarakat untuk menghentikan sebarang bentuk spekulasi yang boleh mengelirukan pelbagai pihak serta mengganggu siasatan pihaknya.
Beliau juga menegaskan suspek wanita yang juga ibu kandung mangsa, bukanlah pesakit mental seperti didakwa walaupun pernah mendapatkan rawatan psikiatri pada tahun 2019.
"Ya, suspek pernah mendapatkan rawatan (psikiatri) dan rawatan itu diterima di Hospital Melaka namun hanya rawatan biasa yang mana wanita itu tidaklah (mental) seperti didakwa.
"Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu kes jenayah menurut kaca mata keadilan sebenar dan bukannya membuat andaian serta spekulasi yang seterusnya menimbulkan fitnah.
"Serah sahaja kepada pihak polis untuk menyiasat dan kita akan memastikan siasatan dijalankan mengikut undang-undang serta kuasa yang diberikan dengan telus, adil dan amanah," katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di lampiran.