Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 98 Pelatih Di 2 Pulapol Positif Covid 19

Diterbitkan: 01 Feb 2021 4.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Februari 2021 - Seramai 98 pelatih di dua Pusat Latihan Polis (PULAPOL) disahkan positif COVID-19.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-98-pelatih-di-2-pulapol-positif-covid-19
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Kuala Lumpur, 1 Februari 2021 - Seramai 98 pelatih di dua Pusat Latihan Polis (PULAPOL) disahkan positif COVID-19.

Mereka yang positif adalah 78 pelatih kadet inspektor di PULAPOL Kuala Lumpur dan 20 pelatih konstabel di PULAPOL Segamat, Johor.

Turut disahkan positif 20 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah yang beroperasi di PULAPOL, 22 kakitangan serta 10 ahli keluarga mereka.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan dan kawalan segera bagi mengawal penularan.

"Setakat ini, langkah dan tindakan dalaman untuk mengurangkan risiko jangkitan sedang diambil diketuai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato’ Nerita Yaakob.

"Beliau turut dibantu Komandan PULAPOL, SAC Dato’ Shamsuddin Mat," katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text that says 'Oleh noraina@hme- tro.com.m eramai 98 pelatih di 2 Pulapol positif Noraina PDRM ambil tindakan dalaman kurangkan risiko
ArtikelDiterbitkan 01 Feb 2021 4.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM