Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tugas Cekap Jinuo Ma Te Dari Unit K9 Salur Pelbagai Bakti Terima Pingat Penghargaan Kp Johor

Diterbitkan: 27 Jan 2023 5.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 27 Januari 2023 - Kejayaan seekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang berjaya mengesan peranti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dibawa lari penjenayah di Kulai, tahun lalu membolehkannya dianugerahkan Pingat Penghargaan Ketua Polis (KP) Johor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tugas-cekap-jinuo-ma-te-dari-unit-k9-salur-pelbagai-bakti-terima-pingat-penghargaan-kp-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:48 MYT
Johor Bahru, 27 Januari 2023 - Kejayaan seekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang berjaya mengesan peranti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dibawa lari penjenayah di Kulai, tahun lalu membolehkannya dianugerahkan Pingat Penghargaan Ketua Polis (KP) Johor.

Anjing baka German Shepherd berusia 12 tahun yang diberi nama Jinuo menerima pingat dari KP Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat yang dikalungkan Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar.

Menurut pengendalinya, Sarjan Donny Henry, Jinuo yang beratnya mencecah 35 kilogram dan baharu bersara berjaya mengesan dua alat peranti CCTV dalam semak, sekali gus membantu menyelesaikan kes samun mengikut Seksyen 395/397, Kanun Keseksaan.

“Jinuo diberi pingat ini atas kejayaannya ketika diberi tugas mencari barang kes samun di Kulai tahun lalu.

“Ketika itu, penyamun mencabut peralatan CCTV dan bawa lari sebelum dicampakkan ke satu lokasi dan kita guna Jinuo untuk cari barang kes itu,” katanya ketika ditemui selepas menerima pingat berkenaan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor bagi Januari 2023 di IPK Johor, di sini, semalam.

Donny berkata, Jinuo sudah berkhidmat dengan Polis Kontinjen Johor sejak 2012 dan sepanjang perkhidmatannya itu. anjing terbabit sudah membantu siasatan banyak kes jenayah.
Selain Jinuo, seekor lagi anjing baka Belgium Sherperd diberi nama Ma’te yang berusia sembilan tahun dianugerahkan Pingat Penghargaan Ketua Polis Johor.

Ma’te diberi pingat penghargaan itu atas kejayaannya mengesan lokasi pembakaran pakaian suspek dan satu kes pembunuhan, tahun lalu.

Dua lagi anjing Unit K9, Mailo dan Julius pula menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Johor pada majlis yang sama.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 2 people, dog and text that says '(kiri) bersama Johor Bahru (PK) Johor Kopcral Carlvin Maluni benama Mate ctika majits pençganuperahan


ArtikelDiterbitkan 27 Jan 2023 5.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM