Artikel
Artikel Pilihan Empat Tan Makanan Ke Dua Kampung Orang Asli Dihantar Guna Helikopter
Kluang, 26 Januari 2023 - Kira-kira empat tan makanan dihantar menerusi dua penerbangan ke kawasan perkampungan Orang Asli dan ladang di Kahang, dekat sini har...
Kluang, 26 Januari 2023 - Kira-kira empat tan makanan dihantar menerusi dua penerbangan ke kawasan perkampungan Orang Asli dan ladang di Kahang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, bantuan dihantar ke dua kampung iaitu Kampung Orang Asli Sedohok dan Kampung Orang Asli Tereh serta Ladang Kelapa Sawit Selai dan Ladang Kelapa Sawit Enggang.
“Antara barang makanan yang dihantar hari ini ialah beras, air mineral dan gula,” katanya kepada media, di sini.
Menurut ACP Bahrin, penghantaran bekalan makanan itu untuk keperluan bagi 900 penduduk daripada 240 keluarga.
“Untuk penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Peroh dan Pucur, penghantaran bekalan makanan akan dilakukan melalui laluan sungai atau darat dalam masa terdekat,” katanya.
Kredit gambar dan video: Pasukan Gerakan Udara PDRM Pangkalan Semenanjung


