
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tubuh Lsf Wanita Pertama Di Kelantan
Kota Bharu, 10 Ogos 2022 - Polis Kontinjen Kelantan menubuhkan Unit Tempur Ringan (LSF) wanita pertama di negeri itu sejajar dengan persediaan Pilihan Raya Umu...
Kota Bharu, 10 Ogos 2022 - Polis Kontinjen Kelantan menubuhkan Unit Tempur Ringan (LSF) wanita pertama di negeri itu sejajar dengan persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, pasukan itu membabitkan seramai 10 pegawai dan 95 anggota polis wanita dari pelbagai ibu pejabat polis daerah.
Selain itu, penubuhan unit terbabit membuktikan tiada perbezaan antara anggota wanita dan lelaki daripada segi ketangkasan atau kebolehan untuk mengawal sesuatu keadaan di luar jangka.