Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Scammer Tumpas Pengarah Urusan Tipu 202 Individu Babit Rm434 Ribu Dipenjara 10 Tahun

Diterbitkan: 10 Aug 2022 3.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sungai Petani, 10 Ogos 2022 - Pengarah urusan sebuah syarikat dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Majistret, kelmarin kerana menipu 202 individu untuk rombongan umrah membabitkan kerugian RM434,250 pada 2015 hingga 2016 lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scammer-tumpas-pengarah-urusan-tipu-202-individu-babit-rm434-ribu-dipenjara-10-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Sungai Petani, 10 Ogos 2022 - Pengarah urusan sebuah syarikat dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Majistret, kelmarin kerana menipu 202 individu untuk rombongan umrah membabitkan kerugian RM434,250 pada 2015 hingga 2016 lalu.
Hukuman diputuskan Majistret Arif Mohamad Shariff terhadap tertuduh, Misbahalmunir Omar, 56, selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula daripada tarikh sabitan dan mengecualikan tertuduh daripada sebatan.
Mengikut pertuduhan, Misbahalmunir yang ketika itu Pengarah Urusan Syarikat Raudhah Mawaddah Travel & Tours Sdn Bhd didakwa melakukan penipuan terhadap Perunding dan Mutawwif Umrah, Amzari Halim.
Tertuduh dengan curang didakwa menipu Amzari yang bertindak mengutip wang daripada 202 peserta bernilai RM2,000 sehingga RM36,600 untuk rombongan umrah dan perjalanan ke Mesir pada 2015.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya bermula 2 November 2015 sehingga 28 Januari 2016 di beberapa lokasi di Kedah, Johor dan Selangor yang membabitkan 56 transaksi selama 23 hari.
Difahamkan, kebanyakan mangsa penipuan tertuduh terdiri daripada pelajar tahfiz serta warga emas dan dua daripada mereka sudah meninggal dunia.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 10 Aug 2022 3.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM